Followers

Tuesday 29 April 2014

Sayang Ayah..

Tetiba jumpa satu post ni dekat Fb..serius memang terharu sangat..post macam ni bukannya pertama kali di post..cuma sebelum ni I just buat tak layan jer..tetiba rasa macam nak see more jer post tu.. n terus baca..wah sedihnya!!..
Sumber dari https://www.facebook.com/baharuddin.abduljabar
SEPETANG DI MATRIKULASI KUALA PILAH.
Pengorbanan & Kasih sayang seorang Ayah....
Dari jendela kereta, Sedang aku menikmati makanan, kelihatan di sebelah keretaku seorang lelaki tua terbongkok-bongkok menyusun kertas dan buku ke dalam kotak . Lagaknya seperti pembeli barangan terpakai: Terlintas dalam fikiran .”.Bagi sajalah kertas dan buku-buku terpakai kepunyaan anakku.. jadi tak perlu beratkan kereta dengan bahan-bahan yang akan dibuang..” Belum sempat aku bertindak, tiba2 terpancul remaja perempuan seusia anakku sambil membawa lebih banyak barang dan dihulurkan kepada lelaki tersebut.
Ooo.. rupa lelaki itu dan aku sama-sama datang mengambil barang anak yang akan tamat matrikkulasi pada hari selasa ini. Nasib baik tak sempat tunaikan niat tadi.. kalau tidak betapa malunya aku.
Lelaki itu sekejap duduk, sekejap berdiri sambil memikirkan susun atur barangan di atas MOTOSIKALnya., tambahan pula setiap barang perlu dibungkus dengan plastik kerana hujan mulai renyai2.
Persoalannya: Apakah anak itu akan menyayangi ibubapanya sebagaimana ibubapa menyayanginya.
Sesungguhnya Zainal Abidin Othman..aku sangat menyangimu..walaupun kata-kata tak boleh mengambarkannya..biar Doa yang menjadi saksi..betapa anakmu ini menyangimu dan mengasihimu.. I bertuah dapat seorang Ayah yang baik dan prihatin terhadap anak-anak..MISS U A LOT..


No comments:

Post a Comment