Followers

Saturday 29 August 2015

Resepi Sambal Petai Ikan Bilis Kaw-kaw

Ayah I ade beli banyak sangat petai..so minggu ni I masak jer sambal ikan petai bilis..tapi petai still ade banyak xberkurang-kurang..so ayah I pun decide suh I masak lagi sambal petai ikan bilis..I ni malasnya tahap dewa..so nak xnak I pun buat la jugak kann..masa yg pertama masak sambal ni I buang kulit petai..so kali ni I biarkan jer kulit petai melekat dekat petai..baru rasanya umphsss..menjilat sudu nokkkk..

Bahan-bahan masakan:

4 tangkai petai (dihiris sekali dengan kulit)
Ikan bilis (basuh dahulu..ikut ler nak masak bnyak mana)
3 ulas bawang merah
½ halia
Cili giling
Air
Garam/gula

Cara-cara Memasak

Mula-mula panaskan minyak di atas kuali..ni feveret kuali yang selalu I guna..walaupun nampak macam nak buang esok lusa..hahaha..goreng ikan bilis sampai garing dan ketepikan..guna minyak goreng ikan bilis dan tumiskan bwng merah dan halia yang telah diblend sampai naik bau

Selepas itu, masukkan cili giling atau cili boh mengikut keselesaan anda lah..macam I pakat campak jer..ikut suka hati gitu..muachhhh

Masukkan air dan bagi bahan itu mengelenggak dan masukkan petai..masukkan juga garam dan gula..nampak macam petai dah nak layu..tutupkan api dan masukkan ikan bilis dan gaulkan hingga nampak sempurna


Taraaaa..dah siap sambal petai ikan bilis..

No comments:

Post a Comment