Followers

Wednesday 2 September 2015

Resepi Tom Yam Seringkas Mungkin

Semalam keluar jalan-jalan dengan kakak settle hal personal pasal akaun bank n cari tempat untuk intern..boleh tahan jugak penatnya..almaklum laaa dua bulan lebih ni asyik jadi puan besar dekat rumah bezanya berat badan tak bertambah-tambah..huhuhuhu..so balik penat-penat nak makan la..tengok2 atas meja makanan pagi tadi..kiranya xde makanan baru..adishhhh..masterchef xde kat umah sekejap..makanan pun sama la yer..nasib la ade lebihan ayam..bole la buat benda yang senang iaitu tom yam..resepi ni I ciptakan sendiri mengikut citarasa sendiri…

Bahan-bahan masakan:

Ayam (ikut nak letak banyak mana..macam I sikit jer sebab tu jer yang ada)
Fishball
Cili giling
perencah
Sawi (potong)
½ lobak merah (potong)
Kubis bunga (potong)
1 biji tomato (tumbuk)
1 biji bawang besar (tumbuk)
2 batang serai (ketuk)
5 helai daun limau nipis (tumbuk)
2 biji cili padi (tumbuk)
Air
Garam

Cara-cara masakan:

Rebus dahulu ayam di atas api sampai masak dan empuk


Masukkan bahan yang telah ditumbuk bersama serai kedalam periuk rebusan ayam..jangan lupa masukkan air jika air rebusan sedikit

Selepas bahan-bahan diatas telah mengelenggak dengan sebaiknya masukkan perencah dan juga cili giling..biarkan seketika

Masukkan sayur dan juga fishball bersama garam secukup rasa..dan biarkan ianya masak


Dah siap..taraaaaa…fuyoooo

No comments:

Post a Comment