Followers

Tuesday 27 September 2016

RESEPI IKAN MASAM MANIS SESIMPLE MUNGKIN

Hari ni kita ketemu lagi yaa..hehe..untuk hari ni Najdah nak kongsi Resepi yang Najdah rasa yang selalu diubah-ubah mengikut citarasa Najdah sendiri la..almaklum la konsep campak mencampak ni memang relevan dalam kehidupan Najdah..petang semalam syok duk tidoq..ayah mai kejut suh buatkan Ikan Masam Manis..dengan dalam keadaan mamai camtu mampu angguk geleng jer..so terjadi la resepi angguk geleng..hehe

Bahan Masakan



1 ekor Ikan (sukahati nak masak ikan apa) 
Cili giling
Sos Tomato
1 labu bawang besar (blend)
3 ulas bawang merah (blend)
2 ulas bawang putih (blend
1 inci halia (blend)

Tomato, jagung, cili merah besar (hiasan)
Air
Garam
Minyak

Cara-cara Masakan



Ikan digoreng dengan tepung dahulu..ketepikan..Tumiskan bahan yang diblend (bawang besar, putih, merah dan halia) biarkan naik bau dan masukkan cili giling atau cili boh dan sos tomato dan biarkannya naik minyak



Selepas itu, masukkan air sedikit dan garam gula..biarkan seketika dan masukkan bahan hiasan (hirisan tomato, jagung dan cili merah besar) dan biarkan masak sekata


dah siap :D

No comments:

Post a Comment