Followers

Monday 26 September 2016

RESEPI SAYUR KANGKUNG BILIS

Hye!!disebabkan banyak masa terluang jadi Najdah nak kongsikan resepi yang biasa Najdah masak la..disebabkan diri ni asyik lupa resepi yang selalu masak..jadi decide nak simpan dalam blog..nanti senang kalau nak masak masakan tu lagi..bijakkan Najdah??hahaha

Bahan Masakan



Sayur Kangkung (1 ikat)
Ikan bilis (anggaran satu mangkuk kecil)
Sos tiram
2 ulas bawang merah (diblend)
3 ulas bawang putih (diblend)
1 inci halia (diblend)
3 biji cili (diblend)
Air
Minyak

Cara-cara Masakan



Tumiskan bahan blend (bawang merah, putih, halia dan cili) di atas periuk..selepas bau tumis naik..masukkan ikan bilis dan masukkan sos tiram



Selepas sebati bahan tumis, ikan bilis dan sos tiram masukkan air..jangan terlalu banyak kerana air dari sayur akan keluar



selepas mengeleggak..masukkan kiub pati bilis, garam dan sayur..kangkung jangan bagi layur kerana nanti xsedap..biarkan sederhana


dah siap :)

No comments:

Post a Comment