Followers

Saturday 11 May 2013

Puasa Rejab..

Alhamdulillah..hari ini bermulanya 1 rejab..nak cite la cikit kan pasal kelebihan-kelebihan bulan rejab ni..mase aku sekolah dulu-dulu..aku x ambik kisah pun pasal puasa sunat ni..yang aku tau pun pasal puasa bulan ramadan..mungkin dah meningkat umur ni..tiba-tiba prihatin pasal ni..bukan prihatin tapi menjadi kewajipan aku sebagai umat islam..hehe

nak tunjuk la ckit kelebihan tentang kelebihan bulan rejab yang di copy paste dari FB..hehe..tengok la yer..hehe..ilmu harus dikongsi..


Bulan-bulan hijrah datang dan pergi tanpa disedari. Hanya Ramadan dan Syawal sahaja yang kebanyakkan kita sedar kedatangannya. Berikut adalah himpunan kelebihan-kelebihan bulan Rejab yang boleh dimanafaatkan oleh umat islam dengan memperbanyakkan ibadah.
Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, niscaya Allah memuliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Qiamat. 
Bulan Rejab bulan Allah, bulan Sya’ban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku.
Kemuliaan Rejab dengan malam Isra’ Mi’rajnya, Sya’ban dengan malam nisfunya dan Ramadhan dengan Lailatul-Qadarnya.
Puasa sehari dalam bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi (Firdaus).Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.
Puasa 3 hari pada bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangnya ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).
Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripadanya 7 pintu neraka.
Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga, dan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah dalam syurga.
Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan ialah seperti kelebihan Al-Quran keatas semua kalam (perkataan).
Puasa sehari dalam bulan Rejab seumpama puasa empat puluh tahun dan iberi
minum air dari syurga.
Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada-Nya. Puasa dalam bulan Rejab, wajib bagi yang ber puasa Diampunkan dosa-dosanya yang lalu. Dipelihara Allah umurnya yang tinggal.Terlepas daripada dahaga di akhirat.
Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan pada akhirnya, seperti puasa sebulan pahalanya.
Siapa bersedekah dalam bulan Rejab, seperti bersedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya pada setiap helai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu derjat, dihapus seribu kejahatan.


https://www.facebook.com/pages/Hamba-Allah-SWT-Umat-Rasulullah-SAW/518437131504444?ref=stream

No comments:

Post a Comment