Followers

Friday 10 March 2017

Resepi Makaroni Goreng

Alohai!!xtau la pasai po selalu update lewat-lewat malam blog..nampak x burung hantu dah mai secara tiba-tiba..so dari tengok you tube je memanjang Najdah nak kongsi satu resepi yang lama dah bersarang kat phone..saja malaih nak share sebelom ni..hahaha

Bahan-bahan :


1/2 paket makaroni (rebuskan)
2 fishcake (digoreng)
1/3 lobak merah
satu gengam daun sup
2 ulas bawang merah (diblend)
3 ulas bawang putih (diblend)
sos tiram
sos giling
kicap
garam/gula
Air

Cara- cara :

gambar kabur..asap kena kat kamera.haha

Masukkan minyak dan tumiskan bawang merah dan putih yang diblend..bila perang masukkan sos tiram, sos giling, kicap, garam, gula dan air..biarkan masak secara rata


Bila bahan tumisan masak dengan baik masukkan makaroni yang direbus dan masukkan lobak merah (sayur lain pun cun gak) gaulkan sehingga rata dan tutupkan api


Tadaa dah masak..hiaskan dengan daun sup dan fishcake yang digoreng..selamat mencuba ;)

Monday 6 March 2017

Resepi Sushi Seringkas mungkin :D

Malam buta-buta ni marathon sharing resepi yang Najdah dah lama ingin buat..ntah siapa yang baik hati kongsi resepi ni..thank you kepada yang kongsi (tak tahu siapa..hahaha) tanpa yang sharing resepi ni mybe Najdah akan membeli je sushi kat kedai..sadis betol..bak kata ayah Najdah 'makanan moden ni'

So mohle awok-awok amik ilmu yang tak seberapa dari saya ini..hahaha (gedik sangat)

Bahan-bahan :


1@2 cup Beras jenama sumo (beli dekat aeon mall)
1 peket seedweed yang dah dipacking
sosej (hiris)
crab stick (hiris)
2 batang timun jepun (hiris)
1 batang lobak merah (hiris)
mayonis
garam
cuka
alat pengulung

Cara-cara :

(cara-cara buat nasi sushi..yang ni tiada gambar) masak nasi guna beras sumo amik dalam 1@2 cup..basuh bagi cuci letak air cam klo 1 cup 2 cawan air..dah masak gaulkan dengan cuka, garam, gula..kalau nak mudah beli je cuka yang dijual dekat aeon mall kat bahagian sushi..biarkan dalam 10 minit



sosej dan crab stick celur dengan air panas dan potong..timun dengan lobak merah lak goreng tanpa minyak..dah siap amik pengulung tikar letak seedweed atas tu then susun la bahan-bahan..letakkn mayonis gak (depend la..kalau Najdah suka letak mayo sebab nak bagi rasa..tak nak plain sangat)


taraa...dah siap

Resepi Vietnam Spring Roll yang terlajak MUDAH~

Hye muchos!

Lama dah tak berhupdate dalam blog kesayangan hamba ni..hewhew..malam yang penuh keletihan ini Najdah nak kongsikan makanan yang Najdah rasa teramatla mudah, sonang ehh..dah lama nak bereksperimen dengan vietnam roll tu tapi ni baru berkesempatan..malaihh tahap gabang

Bahan-bahan :


1 @ 2 peket vietnam spring roll (beli dekat tesco)
1/2  batang lobak merah (dihiris)
2 ikat kucai (dihiris)
Udang (ikut suka hati)
Crab Stick (ikut suka hati)
Air suam
Sos cili thai

Cara-cara :


Hiriskan lobak merah dan kucai secara mendatar dan layurkan diatas api tanpa menggunakan minyak..nak goreng guna minyak pun xpe tapi lebih baik guna minyak zaitun and one more thing nak letak sayur lain-lain pun cun gak cam taugeh or daun bawang..terpulang pada individu..lepas tu celurkan udang (kulit dibuang) dan crab stick..langkah seterusnya amik vietnam spring roll celurkan dengan air suam sampai lembut then letakkan semua bahan diatas dan balut mengikut kreativiti masing-masing


dah siap..Najdah guna sos yang dibeli kat kedai je jimat masa..hahaha

Sunday 1 January 2017

Selamat Datang 2017

Olaa!!for the first day on 2017..I can writing this entry..as usual buat2 sibuk sebenarnya..arghhh..sejak dah masuk alam dewasa ni macam-macam kena buat..kerja, cari nafkah..tu xtermasuk masa untuk melayan perasaan lagi..hahaha..really sorry for my big mistake..my kesayangan terpaksa dilupakan..tahun ni xboleh nak janji akan tulis entry..banyak benda yang nak disettlekan..serius xsuka menjadi DEWASA

Alhamdulillah banyak perkara yang terjadi dekat Najdah pada 2016..benda yang disangka, xdisangka pun berlaku..ada gembira, sedih, terkejut, berdebar, pening..macam-macam la..tapi yang paling best adalah :
-Dapat habiskan Ijazah Sarjana Muda dan konvo dengan family
-Dapat Khatam Al-Quran dengan Ayah (Tilawah dengan ayah masa 2013 lagi)
-Dapat kerja tiga tempat (USM, Pusat Bahasa Permata Timur, Dobi Famili)
-Dapat naik flight seseorang (ko hado!!naik sorang pagi2 buta)
-Dapat guna duit gaji bagi dekat ayah dan belanja family

Okay untuk tahun 2017 ni, sudah tentu Najdah nak kongsikan azam 2017 iaitu:
-Perbanyakkan amalam sunat (Tahajud, solat sunat sebelum dan selepas solat fardhu)
-Menutup aurat dengan lebih tertutup
-Dapat kerja tetap (kerajaan/swasta)
-Sambung belajar dalam Ijazah Sarjana (Master)
-Beli kereta yang bayar terus (second hand pun xpe)
-Beli asset sendiri (barang kemas, tanah)
-Tunai Umrah dengan Ayah dan keluarga
-Melancong ke luar Negara dengan keluarga atau kawan2
-Renovate rumah (yang ni lebih kepada angan2)


Semoga pada tahun 2017 ni Najdah lebih kuat menghadapi dugaan dan cabaran yang menanti dan semoga pada tahun ni jugak Najdah lebih memperkuatkan hubungan denganNYA iaitu kekasih abadi Allah s.w.t..

Wednesday 30 November 2016

BestDay My Sister at Papparich

Hari tu akak suh Najdah belanja makan as a treat for a new job la katakan..so asyik duk bertangguh-tangguh..alih2 nak dekat birthday dia so apalagi 2 in 1 la..duk terfikir nak makan kat mana la..alih2 kakak suh try makan dekat Papparich..hurmm duk bayangkan mesti makan western ni..on terus..biasa la tekak najdah ni America sikit..hahaha..so duk godek2 dekat google pasal papparich..bukan apa la Najdah ni kan muslim sejati of course la nak kena cek tahap halal..hipster2 jugak..halal WAJIB dicek hokeyy..tengok2 menu yang disediakan xde la western sangat nama je west rupanya makanan pure Malaysia punya..what I means is makanan Melayu, Chinese, western dan lain2..

So hari kejadian tu pegi la Papparich dekat Aeon mall..dah dekat situ the only Papparich dekat Kelantan dan cawangan pertama dalam Aeon Mall..fuhhh..layanan depa class baq hang..staff yang bole Najdah katakan nice..information dorang bagi sangat memuaskan hati..so apalagi dah la perut kosong pas kerja terus terkam menu cari makanan yang sedap dan yang pasti berbaloi dan xpernah dicuba lagi..disebabkan that day birthday kakak Najdah so Papparich bagi free a slice of cake..bole pilih kek yang mana berkenan..kek dia perghhh penuh cheese..sangat sedap..antara menu yang dipesan oleh Najdah n the gang

ni menu yang Najdah pesan..porridge with egg and chicken hainan..beverage lak butterscotch with coconut milk..sangat rekomenkan..sedap..

yang ni lak nasi lemak with sotong masak pedas..beverage lak fruity juice

ni pun nasi lemak gak yang bezanya ada chicken curry and sotong masak pedas..air plak lime vanilla

yang ni la cake tu..heart strawberry cheese cake..xsemestinya on that day ur birthday that u will get this free cake..if on that month is ur birthday feel free to come at papparich and get the free cake..of course la try makanan yang lain gak..

Dumpling soup..sangat sedap dumpling dia sebab isi dalam tu tersangat la padat cuma sup dia xberapa sangat..hahaha


Duk tengah makan tetiba ada surprise kek dari staff untuk sambut birthday kakak..semua terpaku and terkejut sebab Najdah memang xterlibat langsung dengan perancangan kawan ofis kakak so cam speechless gak la..xtau nak buat apa..terus gelakk je sebab tengok kakak cam dah nak sebak gitu..hahaha..overall makan kat Papparich memang TERBAIKK..sangat rekomenkan



Tuesday 27 September 2016

RESEPI IKAN MASAM MANIS SESIMPLE MUNGKIN

Hari ni kita ketemu lagi yaa..hehe..untuk hari ni Najdah nak kongsi Resepi yang Najdah rasa yang selalu diubah-ubah mengikut citarasa Najdah sendiri la..almaklum la konsep campak mencampak ni memang relevan dalam kehidupan Najdah..petang semalam syok duk tidoq..ayah mai kejut suh buatkan Ikan Masam Manis..dengan dalam keadaan mamai camtu mampu angguk geleng jer..so terjadi la resepi angguk geleng..hehe

Bahan Masakan



1 ekor Ikan (sukahati nak masak ikan apa) 
Cili giling
Sos Tomato
1 labu bawang besar (blend)
3 ulas bawang merah (blend)
2 ulas bawang putih (blend
1 inci halia (blend)

Tomato, jagung, cili merah besar (hiasan)
Air
Garam
Minyak

Cara-cara Masakan



Ikan digoreng dengan tepung dahulu..ketepikan..Tumiskan bahan yang diblend (bawang besar, putih, merah dan halia) biarkan naik bau dan masukkan cili giling atau cili boh dan sos tomato dan biarkannya naik minyak



Selepas itu, masukkan air sedikit dan garam gula..biarkan seketika dan masukkan bahan hiasan (hirisan tomato, jagung dan cili merah besar) dan biarkan masak sekata


dah siap :D

Monday 26 September 2016

RESEPI SAYUR KANGKUNG BILIS

Hye!!disebabkan banyak masa terluang jadi Najdah nak kongsikan resepi yang biasa Najdah masak la..disebabkan diri ni asyik lupa resepi yang selalu masak..jadi decide nak simpan dalam blog..nanti senang kalau nak masak masakan tu lagi..bijakkan Najdah??hahaha

Bahan Masakan



Sayur Kangkung (1 ikat)
Ikan bilis (anggaran satu mangkuk kecil)
Sos tiram
2 ulas bawang merah (diblend)
3 ulas bawang putih (diblend)
1 inci halia (diblend)
3 biji cili (diblend)
Air
Minyak

Cara-cara Masakan



Tumiskan bahan blend (bawang merah, putih, halia dan cili) di atas periuk..selepas bau tumis naik..masukkan ikan bilis dan masukkan sos tiram



Selepas sebati bahan tumis, ikan bilis dan sos tiram masukkan air..jangan terlalu banyak kerana air dari sayur akan keluar



selepas mengeleggak..masukkan kiub pati bilis, garam dan sayur..kangkung jangan bagi layur kerana nanti xsedap..biarkan sederhana


dah siap :)