Followers

Tuesday 27 September 2016

RESEPI IKAN MASAM MANIS SESIMPLE MUNGKIN

Hari ni kita ketemu lagi yaa..hehe..untuk hari ni Najdah nak kongsi Resepi yang Najdah rasa yang selalu diubah-ubah mengikut citarasa Najdah sendiri la..almaklum la konsep campak mencampak ni memang relevan dalam kehidupan Najdah..petang semalam syok duk tidoq..ayah mai kejut suh buatkan Ikan Masam Manis..dengan dalam keadaan mamai camtu mampu angguk geleng jer..so terjadi la resepi angguk geleng..hehe

Bahan Masakan



1 ekor Ikan (sukahati nak masak ikan apa) 
Cili giling
Sos Tomato
1 labu bawang besar (blend)
3 ulas bawang merah (blend)
2 ulas bawang putih (blend
1 inci halia (blend)

Tomato, jagung, cili merah besar (hiasan)
Air
Garam
Minyak

Cara-cara Masakan



Ikan digoreng dengan tepung dahulu..ketepikan..Tumiskan bahan yang diblend (bawang besar, putih, merah dan halia) biarkan naik bau dan masukkan cili giling atau cili boh dan sos tomato dan biarkannya naik minyak



Selepas itu, masukkan air sedikit dan garam gula..biarkan seketika dan masukkan bahan hiasan (hirisan tomato, jagung dan cili merah besar) dan biarkan masak sekata


dah siap :D

Monday 26 September 2016

RESEPI SAYUR KANGKUNG BILIS

Hye!!disebabkan banyak masa terluang jadi Najdah nak kongsikan resepi yang biasa Najdah masak la..disebabkan diri ni asyik lupa resepi yang selalu masak..jadi decide nak simpan dalam blog..nanti senang kalau nak masak masakan tu lagi..bijakkan Najdah??hahaha

Bahan Masakan



Sayur Kangkung (1 ikat)
Ikan bilis (anggaran satu mangkuk kecil)
Sos tiram
2 ulas bawang merah (diblend)
3 ulas bawang putih (diblend)
1 inci halia (diblend)
3 biji cili (diblend)
Air
Minyak

Cara-cara Masakan



Tumiskan bahan blend (bawang merah, putih, halia dan cili) di atas periuk..selepas bau tumis naik..masukkan ikan bilis dan masukkan sos tiram



Selepas sebati bahan tumis, ikan bilis dan sos tiram masukkan air..jangan terlalu banyak kerana air dari sayur akan keluar



selepas mengeleggak..masukkan kiub pati bilis, garam dan sayur..kangkung jangan bagi layur kerana nanti xsedap..biarkan sederhana


dah siap :)

Wednesday 14 September 2016

Hari Raya AidilAdha 2016

Selamat hari raya korban kepada semua penganut Islam..semoga ibadah korban dan haji pada tahun ini diterima oleh Allah s.w.t. Amin..so entry kali ni Najdah nak cerita sedikit sambutan hari raya dekat umah Najdah la..bukan apa ramai yang duk komplen yang dah lama Najdah biarkan camtu jer blog ni..bukan xsayang tau..tapi tula kann..kemalasan tahap dewa..hehe



So family Najdah ada tubuhkan satu koperasi family iaitu Koperasi Keluarga Siti Halijah Pasir Mas Berhad..koperasi ini ditubuhkan semperna memperingati pengorbanan our beloved mother yang cantik..dah lama tubuh almost three years then bnyk gak la aktiviti yang dah berlangsung then majlis korban ni merupakan kali pertama anjuran koperasi kami..so excited sangat la bercampur dengan neves..yer la..takut terkurang kalau terlebih tak pe..Najdah nak citer la sikitkan pasal majlis ni..hampir one months gak la duk rancang benda ni sebab nak buat big event ni teramat la susah sebab kita kena jaga para-para pelanggan yang baru ni..hampir berputus asa tapi Alhamdulillah dengan pertolongan Allah ianya berlangsung seperti yang dikehendaki..kalau benda tu baik..insyaAllah..Allah akan permudahkan




Majlis ni berlangsung pada pukul 9 lebih macam tu..sesi pendaftaran dimulakan..then masa tu ramai tetamu yang datang memeriahkan..terima kasih yang xterhingga..majlis dimulakan dengan kata-kata ucapan dari Pengerusi Koperasi iaitu abang sulong Najdah..acara lafaz korban bagi peserta korban..ohhh lupa pulak..dua ekor lembu yang dikorbankan..acara penyembelihan bagi lembu korban pertama dan kedua berlangsung..seriouslyyy lembu pertama dah ganas..lembu kedua lagi ganas dia..perghhh sampai terjatuh pak cik tu ditendangnya..hehe..acara melapah daging pulak disettlekan oleh golongan Adam la..Najdah xlama sangat duk kawasan tu sebab iye2 la orang pompuan kann kena masak la kerjanya..so masak la Najdah dengan family..antara menu masakan yang wajib bagi negeri Najdah ni are daging singgang, daging goring kunyit, ikan kering, sayur campuq, kangkung masak belacan and sagu nisan..wuuuu..habis licin nokkk..Najdah panggil jugak la orang yang tidak berkorban bagi merasai daging korban ini..overall memang BEsttt..InshaAllah next year akan diperbaiki dan dipenambah baikan dari setiap segi


Saturday 10 September 2016

Majlis Makan Malam PPSK 2016

Agak-agak kena marah x? sebab dah lama x hupdatee blog..hehe..seiring dengan kemalasan yang melanda..begitu juga dengan kemalasan update entry blog ini..actually xperasan pun xup status kat sini..tu pun perasan bila nak tengok balik resepi sebelum ni..sadis betul la..

Ok la entry kali ni nak najdah nak kongsikan pengalaman semasa zaman prkatikal dahulu kala..alahai bongkaknya walhal praktikal habis 12 june hari tu..nampak x kesombongan jelas terpapar..program kat atas tu berlangsung sama tarikh dengan birthday girl Najdah iaitu 28 March 2016..sebenarnya nak terlibat dalam program besar tu bukanlan perancangan dan xpernah merancang pun..ianya datang secara pelakar dengan tiba-tiba..perancangan sebenarnya oleh supervisor..mula-mula dia bagi tiket free ke dinner sebab suami dia xleh hadirkan diri..yang jadi mangsanya of cos la gue..sebab gue solang yang internship dekat situ..ingatkan pelangi yang terpancar rupa2nya mendung sekali hujan disitu..NOOO!! Najdah terpaksa kurelakan jadi sebahagian AJK Dinner PPSK..disebabkan Najdah ada pengalaman plus student komunikasi haruslah jadi emcee pada malam tu..berdebarnya tahap apa ntah..cuba bayangkan masa meeting tu..i solang yang student dooo..sume pangkat2 besar dengan gred DG54..ayoooo



So tiba la hari yang xditunggu pun oleh Najdah yang birthday girl ni T.T..pegi awal tuk check in dekat Hotel Perdana..part ni best sebab bole lepak lama2 dlm blik..woooo..lepastu tengok dewan tuk dinner..first time titew jadi orang disebalik tadbir event besar walaupun dinner TNB tu dah besar..hohoho..seronoknyaaa ya amat padahal hati ni berdebar tahap migraine..masa tu rehearsel tuk tari menari jer..yang emcee ni xde sebab pasangan emcee tu xnak rehearsel..pekebenda ntahh..tapi masa dah petang camtu mintakla dengan puan haslina tuk rehearsel sebab takut gak..majlis besar kot..dah la hadirinnya terdiri kalangan academic..masa rehearsel tu terkejut Pengerusi PKSK dengan orang teknikal..yerla dorang ingatkan Najdah ni xde pengalaman plus budak hingusan gitu kott..Najdah ni bukan nak cakap besar la tapi ni program kali yang keenam jadi emcee (Nampak xkeangkuhan tu..HAHAHA)




Pukul 9 malam camtu majlis berlangsung..masa mula2 tu of cos Najdah yang jadi emcee formal sebab pasangan emcee kena menyanyi..masa ni la first time jadi emcee tuk informal..sebab sebelum ni selalu jadi emcee formal..mula-mula tu Nampak la kagetnya lepas tu kemainn ehhh mic tu xnak lepas pun..nampak x pelahatnya..hahaha..tapi tula cabaran jadi emcee ni masa makan korang xkan ada..dinner ni memang bkn masa hiburan la tuk korang..tapi best la..sebab pengalaman baru..bukan apa la..lepas je jadi emcee malam tu ramai lak tawaran tiba-tiba masuk suh jadi emcee program tula program ni la..ambik gambar apa laa..huhu..nak citer gak kan flow dinner ni..mula-mula ucapan dari Dekan PPSK dengan ucapan Pengerusi PKSK pastu ada gimik dengan pertunjukkan food daripada chef dekat Hotel Perdana..lepas tu ada nyanyian solo, duet, karaoke dan tarian zumba..apa yang menariknya hadiah cabutan dia bukan calang-calang la..semuanya barang branded yang paling utama dapat bercuti ke luar negeri..menarikk betull..dalam kul 11 camtu bersurai dan Najdah balik dalam keadaan letih sebab esoknya bekerja balik -.-