Followers

Monday 8 February 2016

Resepi Asam Pedas Ikan Talapia

Olaa!!Happy New Year and Happy Chinese Day..walaupun tak sambut..kitakan Malaysia..Insya-Allah one day kawin dengan bangsa cina...eehhhh..hahahha..untuk kali ni Najdah nak kongsikan satu resepi dari kakak Najdah iaitu Asam pedas ikan talapia..sebelum  ni Najdah ada kongsi Asam pedas ikan kerisi kali ni guna ikan talapia yang pastinya kuahnya sangat pekat..menjilat jari nokkk

Bahan-bahan Masakan


1 ekor ikan talapian (cuci dan bersih)
cili giling
1 batang serai (diketuk)
segengam daun kesum
tomato
cili besar
minyak
air
garam

bahan kisar/ tumis

3 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci kunyit
1 inci halia
1 inci lengkuas

Cara-cara Memasak


Panaskan kuali dengan minyak dan masukkan bahan kisar hingga naik bau..jangan lupa masukkan juga batang serai


lepas jer bahan kisar naik bau masukkan cili giling dan gaulkannya hingga naik minyak dan masukkan air secukupnya..jangan terlalu banyak sebab nak rasa bahan-bahan tumis



lepas jer bahan mereneh dengan sebaiknya masukkan tomato,cili besar, garam dan gula..selepas itu, masukkan ikan talapia perlahan-lahan


dah siap!!


Monday 1 February 2016

Resepi Sup Ayam Simple

Semperna pembukaan bulan februari Najdah nak kongsi cara nak buat sup ayam yang paling senang dan simple..semua mampu buat punyerr..hahaha..pokoknya kena ada bahan-bahan baru boleh menjadi..kalau tak mereput la..nah resepi turun temurun..

Bahan-bahan masakan



1/2 Ayam
3 ulas bawang merah (dihiris)
4 ulas bawang putih (dihiris)
1/3 halia
2 batang bawang
1 peket sup bunjut
Asam keping
garam
air
minyak

Cara-cara masakan


Potong ayam mengikut kegemaran dan toskan hingga bersih dan renehkan ayam sampai empuk..selepas itu masukkan air, sup bunjut dan asam keping


Panaskan minyak dan goreng bwang merah, putih, halia, batang bawang dan perkakas sup (kayu manis, jintan etc)


selepas baham yang digoreng naik bau dan kelihatan perang..masukannya dalam sup yang berisi ayam dan sup bunjut..pastukan jangan masukkan minyak sekali..kerana minyak yang berlebihan membawa kepada kolestrol dan jerawat dan masukan garam secukup rasa


dah siap..kalau nak perisakan lagi umphh hiaskan dengan bawang goreng, cili dan hirisan bwang sup