Followers

Monday 31 August 2015

Resepi Daging Goreng Kunyit Sesimple Mungkin

Holaaaa..happy independent day’s a.k.a Selamat Hari Merdeka yang ke 58 kepada seluruh warga Malaysia..semperna perhimpunan bersih 4.0 yang telah tamat dah..I masakkan daging kunyit goring..kaw-kaw punya..ape kaitan merdeka,bersih dengan daging goreng kunyit..erhmmm..ade kemusyikalan disitu..tanpa membuang masa..hadam la yer sebanyak mana resepi yang I tonjolkan..sebab dalam beberapa hari lagi dah nk balik U..sedihnya..mereput la I kat bilik dengan tesis..tapi jangan risau blog ni akan terus jer diupdate tapi yang bezanya mungkin topik selain resepi la..nak tunggu resepi lain kena cuti sem..almaklum laa..kat hostel mne leh masak..

Bahan-bahan masakan:

Daging yang telah dipotong
2 ulas bawang putih (dihiris)
2 inci halia (dihiris)
1 labu bawang besar (dihiris)
1 cili besar (dihiris)
2 inci kunyit (ditumbuk)
Serbuk kunyit
Air
Garam
Minyak

Cara-cara memasak:

Daging yang telah dipotong diperapkan dengan serbuk kunyit dan masukkan kedalam kuali..letakkan air melebihi daging dan masukkan juga bawang putih, halia dan kunyit

Biarkan daging itu di masak dengan empuk dan lembut

Apabila air dan kering..masukkan minyak, garam, bawang besar dan juga cili besar..gaulkannya hingga rata dan tutup api..anda boleh masuk minyak ikut suka hati..macam I masuk sikit jer sebab minyak yang berlebihan tak bagus untuk kesihatan

Dah siap..taraaaa..daging goreng kunyit..sedap dimakan bersama nasi yang baru masak..aummmm

Sunday 30 August 2015

Resepi Membuat Wafel Dengan Mudah

Entri kali ni lain sikit dari sebelum ni..kalau sebelum ni I selalu jer post pasal resepi makanan sampingan kali ni I akan kongsikan resepi membuat dessert iaitu wafel..I ingatkan buat wafel ni susah rupa-rupanya senang jer..caranya sama dengan buat penkek gitu..

Bahan-bahan masakan:

Tepung serbaneka (boleh didapati di kedai membuat kek)
2 biji telur
Majerin
Jem kiwi dan coklat (nak guna jem ape2 pun boleh)
Air

Cara-cara memasak:

Satukan tepung dan dua biji telur ke dalam satu bekas..I masukkan tepung dalam 3 cawan gitu..tapi ikut suka la..kalau nak buat banyak masuk bnyak tepung..kalau nak buat sikit masuk sikit jer..depends laa

Kacau bahan tersebut dan masukkan air dalam 1 cawan..lagi baik kalau nampak macam cair tapi pada masa yang sama pastikan ianya pekat dan likat

Taraa..dah siap untuk adunan..kalau nak tahu bahan wafel tu dah okay..ambil senduk dan tengok belakangnya nampak macam likat..

Seterusnya..sapukan majerin ke atas kuali wafel..nak panggil periuk wafel macam pelik pulakk..

N then masukkan bahan wafel ke atas kuali tersebut..biarkan seketika..dan angkatnya

Masak jer wafel terus sapukan dengan jem supaya jem itu melekat dengan cantik


Dah siap..taraaaa..senang jer kann..sape cakap susah..huhu

Saturday 29 August 2015

Resepi Sambal Petai Ikan Bilis Kaw-kaw

Ayah I ade beli banyak sangat petai..so minggu ni I masak jer sambal ikan petai bilis..tapi petai still ade banyak xberkurang-kurang..so ayah I pun decide suh I masak lagi sambal petai ikan bilis..I ni malasnya tahap dewa..so nak xnak I pun buat la jugak kann..masa yg pertama masak sambal ni I buang kulit petai..so kali ni I biarkan jer kulit petai melekat dekat petai..baru rasanya umphsss..menjilat sudu nokkkk..

Bahan-bahan masakan:

4 tangkai petai (dihiris sekali dengan kulit)
Ikan bilis (basuh dahulu..ikut ler nak masak bnyak mana)
3 ulas bawang merah
½ halia
Cili giling
Air
Garam/gula

Cara-cara Memasak

Mula-mula panaskan minyak di atas kuali..ni feveret kuali yang selalu I guna..walaupun nampak macam nak buang esok lusa..hahaha..goreng ikan bilis sampai garing dan ketepikan..guna minyak goreng ikan bilis dan tumiskan bwng merah dan halia yang telah diblend sampai naik bau

Selepas itu, masukkan cili giling atau cili boh mengikut keselesaan anda lah..macam I pakat campak jer..ikut suka hati gitu..muachhhh

Masukkan air dan bagi bahan itu mengelenggak dan masukkan petai..masukkan juga garam dan gula..nampak macam petai dah nak layu..tutupkan api dan masukkan ikan bilis dan gaulkan hingga nampak sempurna


Taraaaa..dah siap sambal petai ikan bilis..

Friday 28 August 2015

Resepi mee dan kuehtiow berkuah simple

Disebabkan ayah I ni asyik membebel jer..dari semalam lagi suh masakkan mee dan kuehtiow sup ..tapi masalahnya ayam, sotong n udang xde dalam peti sejuk..nasib baik la I ni sorang yang suka masak bahan pakat campak jer asalkan sedap dan menyelerakan..so ape yang I jumpa dalam peti sejuk I ambik jer lepas tu masak jer..

Bahan-bahan masakan:

1 pek mee dan kuehtiow
3 ulas bawang merah (dihiris)
3 ulas bawang putih (dihiris)
2 biji cili padi (diketuk)
½ lobak merah
½ kubis
1 biji tomata
3 biji telor

Cara-cara memasak:

Panaskan minyak dan tumiskan bwng merah, bwng putih dan cili padi hingga naik bau..pastikan letak minyak sikit jer..I tersilap masukkan minyak banyak..almaklum laa masa tu dah nak masuk maghrib..hahaha..apa kaitan minyak n maghrib..kekeliruan berlaku disitu..

Masukkan air dan tomata..biarkan seketika dan mengeleggak

Masukkan telor satu-satu pastikan jangan gaul terlalu kerap dan masukkan sayur seperti lobak merah dan kubis..nak masukkan sayur apa2 pun bole..I masukkan sayur tu sebab tu jer yang ade..sedih kann..perasakan dengan garam..

Dah siap..taraaa..pantaskannn







Thursday 27 August 2015

Resepi Ikan Kerisi Masak Asam Pedas

Entah betul ke tidak asam pedasnya..resipi ni merupakan resipi I sendiri..maksudnya I ciptakannya mengikut mood tersendiri..chewahhh..caya ke x?..hahahaha..percaya laaa

Bahan-Bahan Ikan Kerisi Masak Asam Pedas

6 ekor ikan kerisi (ikan yang I guna versi kecil molek jer)
3 bawang merah
½ halia
½ kunyit hidup
3 keping cili kering (rebus dahulu dan dibuang biji)
3 keping asam keeping
1 biji tomato
Air
Garam

Cara-cara memasak

Panaskan minyak dan tumiskan bwng merah, halia, kunyit dan cili kering (diblender )hingga naik minyak dan naik bau

Masukkan air dan tomata..biarkan mendidih

Lepas itu masukkan ikan kerisi tersebut secara perlahan.. masukkan asam keping dan garam secukup rasa


Taraaa..dah siap..senang jer kannn

Wednesday 26 August 2015

Resepi Ikan Sardin

Sejak akhir-akhir ni rajin pulak I tulis entri untuk tunjuk resepi masakan..yelakan sebelum ni kalau nak tulis satu entri pun jenuh nak fikir ayat yang best..kalau bab masakan laju pulakk kann..apa2 laa..

Bahan-bahan Ikan sardin


I tin ikan sardine
I labu bawang besar (potong secara mengiring)
2 biji bawang merah
1 biji tomato
Sos tomato
Cili giling (cili boh..)
2 biji cili api
Air
Garam

Cara-cara memasak
Panaskan minyak..masukkan bawang merah dan cili padi yang telah di blend kedalam periuk..masak sehingga naik bau


Masukkan air sedikit dan bawang besar yang dihiris dan juga tomata sehingga mengelenggak


Lepastu masukkan sos giling dan sos tomata..biarkan sehingga sebati


Selepas sebati masukkan satu tin ikan sardin beserta garam secukup rasa


Dan siap..taraaaa



Tuesday 25 August 2015

RESEPI SPAGHETI MUDAH DAN CEPAT

Disebabkan cuti semester terlalu lama..jadi I ni pun menjadi laaa masterchef di rumah..caya x??hahaha..ramai yg tak percaya yang I leh masak..almaklum laa..dyorang ckp yg I ni lemah.. pegang pisau pun macam orang tak pernah pegang pisau..bukan ape I saje jer nak test dyorang yang jangan pandang luaran tapi pandang pada dalaman..chewahhh..

So tanpa membuang masa I tunjuk la yer spaghetti yang I panggil spaghetti 30 minit..sebab sekejap jer buat benda ni..bukan susah pun mai pakat campak jer..bukan ape I ni xsuka ikut resepi masakan..rimas tau..

Spagheti Bolognise Simple:

1 tin Sos prego yang tin kecil
1 paket spaghetti yang panjang
1 paket sosej (bole jer jenama mana2)
1 labu bawang besar (potong dadu)
Air
Garam
Minyak

Cara-cara memasak
Mula-mula rebus spaghetti..letak sedikit minyak bagi secukupnya..sebenarnya xtahu                pun kenapa letak minyak..hehee


Lepas tu baru buah kuahnya..I rebus dulu spaghetti sebab lambat                   masak..memerlukan masa sebab tu rebus dulu..untuk sos bolognise..mula-mula tumis bawang besar sampai keperangan


n then masukkan sosej..depends la nak masuk biler2..macam I masukkan dulu sebab nak bagi masak..


nampak macam sosej nak masak baru masukkkan sos prego..letakkan sedikit air bagi Nampak cair

 Lepas jer masukkan air..bagi mengelegak dan baru masukkan garam secukup rasa..

Taraaaa..dah siap spaghetti bolognise 30 minit..