Followers

Wednesday 30 November 2016

BestDay My Sister at Papparich

Hari tu akak suh Najdah belanja makan as a treat for a new job la katakan..so asyik duk bertangguh-tangguh..alih2 nak dekat birthday dia so apalagi 2 in 1 la..duk terfikir nak makan kat mana la..alih2 kakak suh try makan dekat Papparich..hurmm duk bayangkan mesti makan western ni..on terus..biasa la tekak najdah ni America sikit..hahaha..so duk godek2 dekat google pasal papparich..bukan apa la Najdah ni kan muslim sejati of course la nak kena cek tahap halal..hipster2 jugak..halal WAJIB dicek hokeyy..tengok2 menu yang disediakan xde la western sangat nama je west rupanya makanan pure Malaysia punya..what I means is makanan Melayu, Chinese, western dan lain2..

So hari kejadian tu pegi la Papparich dekat Aeon mall..dah dekat situ the only Papparich dekat Kelantan dan cawangan pertama dalam Aeon Mall..fuhhh..layanan depa class baq hang..staff yang bole Najdah katakan nice..information dorang bagi sangat memuaskan hati..so apalagi dah la perut kosong pas kerja terus terkam menu cari makanan yang sedap dan yang pasti berbaloi dan xpernah dicuba lagi..disebabkan that day birthday kakak Najdah so Papparich bagi free a slice of cake..bole pilih kek yang mana berkenan..kek dia perghhh penuh cheese..sangat sedap..antara menu yang dipesan oleh Najdah n the gang

ni menu yang Najdah pesan..porridge with egg and chicken hainan..beverage lak butterscotch with coconut milk..sangat rekomenkan..sedap..

yang ni lak nasi lemak with sotong masak pedas..beverage lak fruity juice

ni pun nasi lemak gak yang bezanya ada chicken curry and sotong masak pedas..air plak lime vanilla

yang ni la cake tu..heart strawberry cheese cake..xsemestinya on that day ur birthday that u will get this free cake..if on that month is ur birthday feel free to come at papparich and get the free cake..of course la try makanan yang lain gak..

Dumpling soup..sangat sedap dumpling dia sebab isi dalam tu tersangat la padat cuma sup dia xberapa sangat..hahaha


Duk tengah makan tetiba ada surprise kek dari staff untuk sambut birthday kakak..semua terpaku and terkejut sebab Najdah memang xterlibat langsung dengan perancangan kawan ofis kakak so cam speechless gak la..xtau nak buat apa..terus gelakk je sebab tengok kakak cam dah nak sebak gitu..hahaha..overall makan kat Papparich memang TERBAIKK..sangat rekomenkan



Tuesday 27 September 2016

RESEPI IKAN MASAM MANIS SESIMPLE MUNGKIN

Hari ni kita ketemu lagi yaa..hehe..untuk hari ni Najdah nak kongsi Resepi yang Najdah rasa yang selalu diubah-ubah mengikut citarasa Najdah sendiri la..almaklum la konsep campak mencampak ni memang relevan dalam kehidupan Najdah..petang semalam syok duk tidoq..ayah mai kejut suh buatkan Ikan Masam Manis..dengan dalam keadaan mamai camtu mampu angguk geleng jer..so terjadi la resepi angguk geleng..hehe

Bahan Masakan



1 ekor Ikan (sukahati nak masak ikan apa) 
Cili giling
Sos Tomato
1 labu bawang besar (blend)
3 ulas bawang merah (blend)
2 ulas bawang putih (blend
1 inci halia (blend)

Tomato, jagung, cili merah besar (hiasan)
Air
Garam
Minyak

Cara-cara Masakan



Ikan digoreng dengan tepung dahulu..ketepikan..Tumiskan bahan yang diblend (bawang besar, putih, merah dan halia) biarkan naik bau dan masukkan cili giling atau cili boh dan sos tomato dan biarkannya naik minyak



Selepas itu, masukkan air sedikit dan garam gula..biarkan seketika dan masukkan bahan hiasan (hirisan tomato, jagung dan cili merah besar) dan biarkan masak sekata


dah siap :D

Monday 26 September 2016

RESEPI SAYUR KANGKUNG BILIS

Hye!!disebabkan banyak masa terluang jadi Najdah nak kongsikan resepi yang biasa Najdah masak la..disebabkan diri ni asyik lupa resepi yang selalu masak..jadi decide nak simpan dalam blog..nanti senang kalau nak masak masakan tu lagi..bijakkan Najdah??hahaha

Bahan Masakan



Sayur Kangkung (1 ikat)
Ikan bilis (anggaran satu mangkuk kecil)
Sos tiram
2 ulas bawang merah (diblend)
3 ulas bawang putih (diblend)
1 inci halia (diblend)
3 biji cili (diblend)
Air
Minyak

Cara-cara Masakan



Tumiskan bahan blend (bawang merah, putih, halia dan cili) di atas periuk..selepas bau tumis naik..masukkan ikan bilis dan masukkan sos tiram



Selepas sebati bahan tumis, ikan bilis dan sos tiram masukkan air..jangan terlalu banyak kerana air dari sayur akan keluar



selepas mengeleggak..masukkan kiub pati bilis, garam dan sayur..kangkung jangan bagi layur kerana nanti xsedap..biarkan sederhana


dah siap :)

Wednesday 14 September 2016

Hari Raya AidilAdha 2016

Selamat hari raya korban kepada semua penganut Islam..semoga ibadah korban dan haji pada tahun ini diterima oleh Allah s.w.t. Amin..so entry kali ni Najdah nak cerita sedikit sambutan hari raya dekat umah Najdah la..bukan apa ramai yang duk komplen yang dah lama Najdah biarkan camtu jer blog ni..bukan xsayang tau..tapi tula kann..kemalasan tahap dewa..hehe



So family Najdah ada tubuhkan satu koperasi family iaitu Koperasi Keluarga Siti Halijah Pasir Mas Berhad..koperasi ini ditubuhkan semperna memperingati pengorbanan our beloved mother yang cantik..dah lama tubuh almost three years then bnyk gak la aktiviti yang dah berlangsung then majlis korban ni merupakan kali pertama anjuran koperasi kami..so excited sangat la bercampur dengan neves..yer la..takut terkurang kalau terlebih tak pe..Najdah nak citer la sikitkan pasal majlis ni..hampir one months gak la duk rancang benda ni sebab nak buat big event ni teramat la susah sebab kita kena jaga para-para pelanggan yang baru ni..hampir berputus asa tapi Alhamdulillah dengan pertolongan Allah ianya berlangsung seperti yang dikehendaki..kalau benda tu baik..insyaAllah..Allah akan permudahkan




Majlis ni berlangsung pada pukul 9 lebih macam tu..sesi pendaftaran dimulakan..then masa tu ramai tetamu yang datang memeriahkan..terima kasih yang xterhingga..majlis dimulakan dengan kata-kata ucapan dari Pengerusi Koperasi iaitu abang sulong Najdah..acara lafaz korban bagi peserta korban..ohhh lupa pulak..dua ekor lembu yang dikorbankan..acara penyembelihan bagi lembu korban pertama dan kedua berlangsung..seriouslyyy lembu pertama dah ganas..lembu kedua lagi ganas dia..perghhh sampai terjatuh pak cik tu ditendangnya..hehe..acara melapah daging pulak disettlekan oleh golongan Adam la..Najdah xlama sangat duk kawasan tu sebab iye2 la orang pompuan kann kena masak la kerjanya..so masak la Najdah dengan family..antara menu masakan yang wajib bagi negeri Najdah ni are daging singgang, daging goring kunyit, ikan kering, sayur campuq, kangkung masak belacan and sagu nisan..wuuuu..habis licin nokkk..Najdah panggil jugak la orang yang tidak berkorban bagi merasai daging korban ini..overall memang BEsttt..InshaAllah next year akan diperbaiki dan dipenambah baikan dari setiap segi


Saturday 10 September 2016

Majlis Makan Malam PPSK 2016

Agak-agak kena marah x? sebab dah lama x hupdatee blog..hehe..seiring dengan kemalasan yang melanda..begitu juga dengan kemalasan update entry blog ini..actually xperasan pun xup status kat sini..tu pun perasan bila nak tengok balik resepi sebelum ni..sadis betul la..

Ok la entry kali ni nak najdah nak kongsikan pengalaman semasa zaman prkatikal dahulu kala..alahai bongkaknya walhal praktikal habis 12 june hari tu..nampak x kesombongan jelas terpapar..program kat atas tu berlangsung sama tarikh dengan birthday girl Najdah iaitu 28 March 2016..sebenarnya nak terlibat dalam program besar tu bukanlan perancangan dan xpernah merancang pun..ianya datang secara pelakar dengan tiba-tiba..perancangan sebenarnya oleh supervisor..mula-mula dia bagi tiket free ke dinner sebab suami dia xleh hadirkan diri..yang jadi mangsanya of cos la gue..sebab gue solang yang internship dekat situ..ingatkan pelangi yang terpancar rupa2nya mendung sekali hujan disitu..NOOO!! Najdah terpaksa kurelakan jadi sebahagian AJK Dinner PPSK..disebabkan Najdah ada pengalaman plus student komunikasi haruslah jadi emcee pada malam tu..berdebarnya tahap apa ntah..cuba bayangkan masa meeting tu..i solang yang student dooo..sume pangkat2 besar dengan gred DG54..ayoooo



So tiba la hari yang xditunggu pun oleh Najdah yang birthday girl ni T.T..pegi awal tuk check in dekat Hotel Perdana..part ni best sebab bole lepak lama2 dlm blik..woooo..lepastu tengok dewan tuk dinner..first time titew jadi orang disebalik tadbir event besar walaupun dinner TNB tu dah besar..hohoho..seronoknyaaa ya amat padahal hati ni berdebar tahap migraine..masa tu rehearsel tuk tari menari jer..yang emcee ni xde sebab pasangan emcee tu xnak rehearsel..pekebenda ntahh..tapi masa dah petang camtu mintakla dengan puan haslina tuk rehearsel sebab takut gak..majlis besar kot..dah la hadirinnya terdiri kalangan academic..masa rehearsel tu terkejut Pengerusi PKSK dengan orang teknikal..yerla dorang ingatkan Najdah ni xde pengalaman plus budak hingusan gitu kott..Najdah ni bukan nak cakap besar la tapi ni program kali yang keenam jadi emcee (Nampak xkeangkuhan tu..HAHAHA)




Pukul 9 malam camtu majlis berlangsung..masa mula2 tu of cos Najdah yang jadi emcee formal sebab pasangan emcee kena menyanyi..masa ni la first time jadi emcee tuk informal..sebab sebelum ni selalu jadi emcee formal..mula-mula tu Nampak la kagetnya lepas tu kemainn ehhh mic tu xnak lepas pun..nampak x pelahatnya..hahaha..tapi tula cabaran jadi emcee ni masa makan korang xkan ada..dinner ni memang bkn masa hiburan la tuk korang..tapi best la..sebab pengalaman baru..bukan apa la..lepas je jadi emcee malam tu ramai lak tawaran tiba-tiba masuk suh jadi emcee program tula program ni la..ambik gambar apa laa..huhu..nak citer gak kan flow dinner ni..mula-mula ucapan dari Dekan PPSK dengan ucapan Pengerusi PKSK pastu ada gimik dengan pertunjukkan food daripada chef dekat Hotel Perdana..lepas tu ada nyanyian solo, duet, karaoke dan tarian zumba..apa yang menariknya hadiah cabutan dia bukan calang-calang la..semuanya barang branded yang paling utama dapat bercuti ke luar negeri..menarikk betull..dalam kul 11 camtu bersurai dan Najdah balik dalam keadaan letih sebab esoknya bekerja balik -.-

Sunday 8 May 2016

JOM BERCUTI KE CAMERON HIGHLAND



Untuk kesekian kali..finally ada masa nak update blog..pheuwww..sibuk sesibuk Barack Obama..sejak pindah dekat ofis baru ni..xmenang tangan handle kerja..macam pekerja tetap dah gamaknya..hurmmm..so untuk tidak mengstresskan diri mintak cuti dengan supervisor tuk manjakan diri..reward tuk diri sendri..reward la sangatkan..penat satu badan ni..so malas nak sembang kencang..baca la yer

Kami bertolak kul 10 pagi..pada 28/4/2016..nampak x tarikh kerja pergi bercuti..hahaha..kisah pulakkan aku..so disebabkan kakak najdah ni cakap besar so kami ditinggalkan oleh tiga kereta sebab dia cakap tau jln ke CH..nasib baik ada signboard kalau tak mesti dah sampai kat Jepun dah..kami sampai dekat homestay tu lbh kurang kul 3.30 petang..cepat la jugakkan..tu pun berhenti segala-gala tempat..nasib baik la kakak ipaq dah booking homestay sebab almaklum la masa tukan dekat dengan cuti pekerja..banyak hotel dan homestay full..sampai2 jer terus berehat then lepas solat jamak ta’akhir..kami jalan2 habiskan minyak kereta..plan nak pergi pasar malam brinchang tapi depa just bukak malam jumaat, malam sabtu dan malam ahad..so kami pun jalan2 sampaila penat..balik bilik terus melalak dengan makan pastu tido..lupa nak bagi tau homestay yg kami menginap tu homestay agrohighland..best sebab ada WIFI pastu depan bilik ladang strawberry..so bila lapar petik jer strawberi tu (ok tu melawak jer..nak kena gocoh dengan pekerja bangla tu)..tapi bagi Najdah strawberi dia kira murah satu kilo RM20 dah la besar2..lagi murah dari pasar malam brincang..


Keesokan hari lepas breakfes terus bersiap pegi ladang teh..tengok apa yang patut..bole la sejukkan mata..masa Najdah pegi CH tempoh hari dah xsejuk mungkin bahang El-nino lebih kuat kot..Najdah nak pesan its better kalau bawak air sendri sebab kat situ air dia mahal dol..cuba bayangkan teh ais RM5..xke cekik darah tu..tapi yang bestnya teh kat sana lbh murah dri kat kedai mana2..so Najdah rekomenkan beli teh kat sana..serbuk teh..pastu ajak dihati nak singgah lavender farm tapi cam xberbaloi bayar RM8 semata2 nak tgk lavender..so kami just amik gmbr kat luar jer..xkuasa nak bazirkan duit dekat benda yang xmenguntungkan..so lepas tu singgah dekat cactus point..rambang mata tgk cactus..xtau la nk ckp murah ke x..sebab dekat pasar malam brincang lagi murah cactus..disebabkan kepenatan yang terlajak petang tu xjd pergi MARDI just pegi pasar malam brinchang..perghhh penuh dengan umat manusia disitu..macam2 barang..kat situ kena pandai cri tempat..ada kedai paling murah dan paling mahal..

of course la..najdah mesti kena ada punya..berlatarbelakngkan sebahagian homestay


Disebabkan semalam xsempat pegi MARDI so kami pun pegi la kat sana..ramai sangat orang..tapi bagi Najdah MARDI lebih berbaloi dari lavender walaupun kena bayar RM3 sebab macam2 bole tengok..dari biji benih sampai la pokoknya..mmg best la..tapi apakan daya Najdah bole tengok sekejap jer sebab kena pegi Kajang sebab kawan kawin..sedih giloss..yang tu nati citer next entry..
acah2 pegang lavender..hahaha

Wednesday 30 March 2016

officially 23 Years Old

hurmm..dah tua nampkanya Najdah..bole la kot slow-slow cari pasangan hidup..hahaha..lek la muda lagi..capai impian dulu dan cita-cita..itu baru betul..balas jasa makbapak, family..puaskan hati dulu baru fikir pasal jodoh sebab kita xtau ajal kita bila..so sentiasa bersedia..

Alhamdulilah wa syukurilah..masih lagi bernyawa di bumi Allah ini..terima kasih tidak terhingga kepada my mom Siti Halijah and my dad Zainal Abidin kerana melahirkan Najdah dibumi yang bertuah ini..semoga pada tahun ini dan seterusnya masih lagi dibawah laungan Allah dan semoga ibadah, pahala bertambah dan tidak berkurang..semoga apa yang dihajati ditunaikan olehNYA..amin Ya rabb

sekalung terima kasih kepada yang wish dan doa baik2 dekat Najdah..hope same goes to you too..buat kali yang keempat birthday tidak disambut bersama family..sebab diberi peluang oleh supervisor untuk menjadi sebahagian Pelaksana Majlis Makan Malam PPSK 2016..as usual be as a emcee..pengacaraan kali ni sangat berbeza kerana hadirinnya terdiri daripada golongan academician..so far so good la..oppurtunity yang mungkin xkan dapat..walau apa-apa pun be a happy on birthday T.T


Sunday 27 March 2016

Resepi Spaghetti Carbonara simple

hello eveyone!! dah lama x update entri..rindu sesangat..apakah daya..kerja banyak sngt sejak praktikal ni..almaklum la memang susah sangat nk curi masa tuk tulis entri..pagi pegi intern..balik petang..malam spend time dgn family..benda yang nk share bnyk pulak tu..sob sob sob..so curi masa skit tuk kongsi resepi spagheti carbonara.


Bahan-bahan masakan:



1 biji bawang besar (potong dadu)
1 tin sos carbonara prego (jenama lain pun bole)
1 peket sosej
1 peket spaghetti


cara-cara masakan:


panaskan kuali dengan minyak yang sederhana..masukkan bawang besar dan gorengkan sehingga keperangan..lepas itu masukkan sosej dan pastikannya masak secukup rata


selepas sosej masak dengan secukupnya..masukkan satu tin sos carbonara dan air kedalam periuk dan jika inginkan lebih berkrim masukkan susu dutch lady full cream (tapi dalam case ni Najdah xmasukkan..sebab xnak berlemak sangat)..masukkan garam secukup rasa dan biarkannnya mengeleggak dengan sebaiknya


dah siappp :)





Monday 8 February 2016

Resepi Asam Pedas Ikan Talapia

Olaa!!Happy New Year and Happy Chinese Day..walaupun tak sambut..kitakan Malaysia..Insya-Allah one day kawin dengan bangsa cina...eehhhh..hahahha..untuk kali ni Najdah nak kongsikan satu resepi dari kakak Najdah iaitu Asam pedas ikan talapia..sebelum  ni Najdah ada kongsi Asam pedas ikan kerisi kali ni guna ikan talapia yang pastinya kuahnya sangat pekat..menjilat jari nokkk

Bahan-bahan Masakan


1 ekor ikan talapian (cuci dan bersih)
cili giling
1 batang serai (diketuk)
segengam daun kesum
tomato
cili besar
minyak
air
garam

bahan kisar/ tumis

3 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci kunyit
1 inci halia
1 inci lengkuas

Cara-cara Memasak


Panaskan kuali dengan minyak dan masukkan bahan kisar hingga naik bau..jangan lupa masukkan juga batang serai


lepas jer bahan kisar naik bau masukkan cili giling dan gaulkannya hingga naik minyak dan masukkan air secukupnya..jangan terlalu banyak sebab nak rasa bahan-bahan tumis



lepas jer bahan mereneh dengan sebaiknya masukkan tomato,cili besar, garam dan gula..selepas itu, masukkan ikan talapia perlahan-lahan


dah siap!!


Monday 1 February 2016

Resepi Sup Ayam Simple

Semperna pembukaan bulan februari Najdah nak kongsi cara nak buat sup ayam yang paling senang dan simple..semua mampu buat punyerr..hahaha..pokoknya kena ada bahan-bahan baru boleh menjadi..kalau tak mereput la..nah resepi turun temurun..

Bahan-bahan masakan



1/2 Ayam
3 ulas bawang merah (dihiris)
4 ulas bawang putih (dihiris)
1/3 halia
2 batang bawang
1 peket sup bunjut
Asam keping
garam
air
minyak

Cara-cara masakan


Potong ayam mengikut kegemaran dan toskan hingga bersih dan renehkan ayam sampai empuk..selepas itu masukkan air, sup bunjut dan asam keping


Panaskan minyak dan goreng bwang merah, putih, halia, batang bawang dan perkakas sup (kayu manis, jintan etc)


selepas baham yang digoreng naik bau dan kelihatan perang..masukannya dalam sup yang berisi ayam dan sup bunjut..pastukan jangan masukkan minyak sekali..kerana minyak yang berlebihan membawa kepada kolestrol dan jerawat dan masukan garam secukup rasa


dah siap..kalau nak perisakan lagi umphh hiaskan dengan bawang goreng, cili dan hirisan bwang sup

Saturday 23 January 2016

Resepi Cucur Jagung

Resepi ni Najdah buat mengikut  barang-barang yang ade dan pakat campak jer..jangan risau rasa dia xder la teruk sangat..hahaha..still leh makan..setiap kali makan tengah hari dekat cafe UUM mesti Najdah beli kuih cam cucur jagung, keropok lekor atau goreng pisang..cam wonder la kan asal cucur makcik ni best giler..nak try masak dekat hostel mmg xleh la..so duk kat umah ni kira testing la resepi buatan sendiri..not bad at all

Bahan-bahan Masakan



Tepung gandum (sukat sendiri)
1 biji telur
jagung (leh beli yang dah dipacking atau yang dekat batang)
Air (masukkan gula dalam air)

Cara-cara Masakan


Masukkan tepung, telur, jagung dan air bersama gula yang telah dikacau di dalam air..gaulkan semua hingga sebati

lepastu goreng..senang jer kan..part goreng ni sorry la sikit xambil gambar..sebab terlalu fokus mengorengnya


dah siapp..sedap dimakan semasa panas bersama air teh o'

Wednesday 20 January 2016

Resepi Pastry Puff Kastard Buah-buahan

Hye!!seperti yang dijanjikan oleh Najdah yang kalau cuti semester atau balik umah mesti nak kongsi beberapa resipi..kali ni Najdah nak kongsikan resepi dessert yang mudah..yang semua orang boleh buat..hehehe..dessert ni Najdah dan kakak yang buat semperna birthday anak dia..ingatkan susah rupa-rupanya senang jer..nah resepi..selamat mencuba :)

Bahan-bahan masakan



2/3 pastry puff yang siap
tepung kastard
1/2 susu pekat
1/2 susu segar
1 biji telur
starwberi/kiwi
plastik wrap


Cara-cara masakan

Mula-mula masak kastard..masukkan tepung kastard, susu pekat (kalau xnak manis amik 1/4 jer) dan susu segar..gaulkan atas api sehingga likat..berhati-hati jangan terlalu pekat..xsempat nak ambik gambar sebab takut kastard xmenjadi..sorry sangat..my mistake


amik pastry puff belahkan empat bersegi..dan dua lagi potong secara pangkah


seterusnya..cantumkan pastry yang xpotong secara pangkah dengan yang biasa then bukak satu persatu yang pastry dipangkah dengan pisau..letak dalam loyang dan sapukan telur bagi perang dan bakar selama 10 minit



lepas bakar..sejukkan seketika dan masukkan kastard dan buah-buahan cam starwberi dan kiwi..terpulang nak letak buah apa..ikut kegemaran


taraa..dah siap..



Saturday 9 January 2016

Universiti Utara Malaysia


Entri kali ni najdah nak citer pasal pengalaman sepanjang bergelar mahasiswa di UUM..sebelum ni susah nak bagi tau orang lain yang najdah ni blaja di UUM..ntah la..malu ker? segan ker?perasaan tu biar diri sendri jer tau..hahaha (nampak x poyonya)

Mula-mula dapat tawaran belaja disini..memang xsuka..sebab U ni bukan pilihan utama dan pertama dan kos pun dalam kabur2..pokoknya memang xsuka la..memang sem satu dan sem dua sedih giler..xleh nak adapt dengan suasana..asyik menghitung hari nak balik..xde mood..asyik sedih..

Tapi bila one day ade sesuatu terjadi kat diri sendri (sebab dia RAHSIA) masa tu lah..sibukkan diri dengan program jadi exco tu..ajk tu..urusetia tu..overall memang busykan diri jer...masa join benda tu semua banyak kenangan pahit dan manis..masa tu la jumpa dengan kawan bangun jatuh..yang setia disisi..benda ni semua la yang mematangkan diri..yang menjadikan siapa najdah yang sebenarnya..thanks UUM..thanks kawan

Macam2 terjadi sepanjang blaja di UUM..pernah kena pulau dengan kawan coursemate sebab terlalu aktif dalam kelas means selalu lecturer bagi perhatian kat diri..so ade la yang jelez..nak buat camne kann..tapi after that dah xterlalu aktif dalam kelas sampaikan lecturer perasan dan bagi nasihat bagai suh xyah layan kawan2 yang jelez tu..pastu pernah kena sindir dengan kawan2 sebab dah berubah pakaian means  pakaian lebih menutup aurat tapi nasib baik gengkapak8 ada disisi selalu bagi nasihat..thanks kawan2..sedihnya dah nak tinggalkan semua ni..nak tinggalkan degree life..masuk alam kerja..sedih giler2

Pernah gaduh dengan kawan sebab misunderstanding pasal lelaki yang dia minat terminat kat najdah (hohoho) even dah xgaduh tapi nak baik balik tu susah..pernah ada lelaki xnak kawan sebab kawan dia pun terminat kat najdah (hohohoho) macam2 la..belajar disini melatih diri berurusan dengan pihak atasan dan pihak bawahan..banyak la kenangan..asal sedih sangat2 ni..still xleh move on.. i hate UUM but i love so much UUM

Teringat kisah pernah jatuh dalam bas..berebut nak naik bas free ker changlun sebab nak pegi PMC (pasar malam changlun)..pernah kena kejar dengan monyet..pernah jatuh tergolek2 sebab nak pegi kelas..berjalan jauh sampaikan berpeluh satu badan sebab xde bas nak pegi library..phone jatuh dalam lubang tandas..kena beli yang baru..naik keta sewa minyak xde terpaksa tunggu sejam nak masukkan minyak tu...lahai asal la habuk banyak sangat dalam mata ni..akan terlalu merindui UUM..UUMisthebest..love xoxo

Friday 1 January 2016

Azam 2016

Happy New Years to semua makhluk dunia..selamat datang tahun 2016..terima kasih 2015..

Entri kali ni najdah nak habaq azam tahun 2016..means kira perancangan awal la..bak kata ayah cheq kena buat perancangan or goal tuk masa hadapan bagi semangat gitu..hehehe..

So azam tahun ni adalah..of cos la bukan kawin dulu..tu lambat lagi..malaihh nak pikiqq..yang pasti nak jaga hubungan dengan ALLAH dulu..sebab mati xkenal usia dan cepat atau lambat..kawin tu bila2 masa boleh..tak di dunia mungin di akhirat..betul x??