Followers

Saturday 19 December 2015

Menyemai kasih bersama anak yatim IHMK

Finally..hajat nak buat program dekat rumah anak yatim tertunai jugak dan ni last program tuk najdah..almaklum la last sem katakan..sedihnya..xleh dah merasa suasana meeting, kalut fikirkan idea tuk program, sembang-sembang pastu kutuk pengarah (hahaha tu tipu jer)

Program ni berlangsung pada 4 disember..nampak x gap tarikh tu..hahaha..program ni bagi najdah yang terkesan sangat2 berbanding program yang lain..sebabnya adalah...RAHSIA!!..

Thanks kepada AJK yang aktif sepanjang program ni berlangsung..thanks kepada pengarah program sebab fikirkan idea yang terbaik tuk buatkan event charity ni lebih menarik..seronok tau buat charity ni..impian masa kecil lagi nak terlibat dalam hal yang berkaitan charity dan alhamdulilah belajar dekat UUM ni banyak event charity yang dah join..IMMA HAPPY!! okay dah lari topik..

Tak sangka banyak sumbangan yang diperolehi sama ada berbentuk benda atau wang..bersyukur sangat..masih ada yang take care..yang sudi bagi sumbangan..hanya Allah yang dapat membalasnya..okay la najdah nak citer flow program ni..

kami bertolak kul 7 pagi dari UUM ke Pusat jagaan IHMK..sampai jer terus bawak adik2 ker tempat playground buat senaman ringkas sikit pastu baru breakfest dan sambung lagi dengan sukaneka..serius nak handle adik2 kecil ni susah sikit kena layan ragam depa semua..tapi seronok la jugak..

cam lawak pulak tengok gaya adik tu..hehehe


Dalam kul 10 lebih camtu aktiviti dalam rumah iaitu mewarna dan susun puzzle..seronok tengok depa gigih mewarna bagai..lepas tu baru makan tengah hari dan adik2 pulang kat asrama tuk mandi and solat..masa tu AJK dibahagikan kepada dua tempat tuk gotong royong iaitu tadika dan taska..cam najdah kat tadika..kteorang bersih apa yang patut dan renovate depa punya hiasan dinding..cam kat taska buat mural skit bagi kenangan dari kami


salah satu air tangan dari kami tuk pusat jagaan IHMK


Lepas jer siap gotong royong..majlis penutup berlangsung..masa ni pembahagian sumbangan cam alatan sekolah, keperluan asas dan sumbangan utama is peti sejuk..apabila tengok depa dapat hadiah..kegembiraan jelas terpacar masa tu penat dan letih hilang camtu jer..best sangat!!

barisan AJK dan penghuni disana



Tuesday 15 December 2015

RESEPI SEEDWEED GORENG

Hye uolls..sorry baru berkesempatan nak update blog sebab sibuk dengan thesis and program..ni pun dapat curi sikit jer masa sebab tengah buat nota tuk exam next week..serius kacau bilau hidup bila tesis xsiap lagi..sedih and stress sangat..nasib baik Allah ada..thnks Allah..love you..

resepi ni sebernanya dah lama bersarang dalam phone..baru teringat nak share..ok la..resepi seedweed ni teramat la mudah and senang sangat..petik jer jari terus muncul makanannya..nampak penipuan tu..ok la..tengok la yer resepi ni

Bahan-bahan resepi seedweed goreng:


seedweed/rumpai laut yang dah dikering (pastikan yang halal tau)
kulit popia yang empat segi kecil camni
1biji telur
minyak

Cara-cara membuatnya:


letakkan kulit popia diatas pinggan atau dulang dan sapukan dengan telur..lepas itu letakkan rumpai laut diatas popia tersebut..dan gunting secara kecil-kecil dan goreng..cara goreng xde gambar sebab masa tu xterlintas nak amik gambar..hehe



dah siap..senang jer kann..seedweed goreng ni najdah bawa kat uum suh kawan rasa air tangan..perghh..hehe

Saturday 21 November 2015

Family Day ZaHa di DeeWana Resort

First for all..alhamdulilah to Allah kerana kurniakan family yang melengkapi hidupku sebagai penghuni dan hamba kepada Allah..terima kasih kerana sentiasa ada ketika susah senang..love all of you..

Rancangan nak buat family day sebernanya dah lama..tapi yer la tak semua orang ada selalu free time dan masa free yang sama..so alhamdulilah berjaya jugak bergather sama-sama..kalau sebelum ni buat dekat PCB resort kali ni buat dekat deewana resort..not bad at all..tapi maybe ni first and last kalau nak buat event yang besar dekat deewana..bukan xbest cuma banyak kekurangan yang harus diperbaiki gitu..

persiapan utk family day


Family day dibuat pada 12 hingga 13 november 2015..masa ni cuti hari lahir sultan kelantan.."selamat ulang tahun kelahiran tuanku"..sepatutnya semua orang berkumpul kul 9 pagi..tapi yang najdah cakap sebelum ni la..xsemua orang free pada masa yang sama..arghhhh!! so bermula la kul 12 tengah hari camtu..acara pertama kategori kanak2 iaitu pertandingan mewarna..lepas tu baru perasmian family day..makan tengahari and solat zohor berjemaah..lepas solat buat aktiviti tuk remaja pulak iaitu cari harta karun..aktiviti dewasa plak gigitan cinta si epal..gigit buah epal sekali dengan pasangan depa laa..ayooo geli tengokk..hahaha



Petang pulak aktiviti bebas..semua org bole main pertandingan yang telah disediakan..penat odengg..malam pulak solat maghrib dan solat isya' berjemaah sekali dengan tahlil dan bacaan yassin..lepas tu ada makan2 n BBQ tapi kami xbakaq2..orang sana yang sediakan cuma abg ipar ada sponsor kambing bakaq just bakaq yang tu jer la..makanan yang disediakan pihak depa biase jer cuma better makanan xyah la buat nasi just bihun atau mee goreng sebab ayam,sosej dan bahan sampingan dan berat..lepas jer makan ada buat cabutan bertuah means setiap orang akan dapat..hanya yang bertuah dapat hadiah gempaq gitu..memang untung la yang dapat main prize..jelesss..

Orang ni la yang bertuah tu..erhmmm


pagi pulak brekfes nasi kerabu dan acara penutup iaitu pembahagian hadiah dan take a pitcha laa..seronok sangat walupn badan ni lenguh2..xpuass nak lagii..hahaha
maaa familyyy


Monday 16 November 2015

Sukan siswi DPP TNB

alahai..baru ada masa nak tulis entri kali ni..tak tahu la sibuk pasal pooo..program kali ni merupakan program yang singkat sangat meetingnya..cuba bayangkan program saringan kesihatan baru jer abis..seminggu lepas tu program ni berlangsung..memang pecah kepala laa..mula-mula memang program ni kacau bilau laa..tak tahu nak buat macam mana..tapi nasib baik la dengan kerjasama masing-masing berjaya jugak program ni berlangsung..thanks to ALLAH

program ni sepatutnya berlangsung pada pagi..tetapi disebabkan hal yang xdapat dielakkan terpaksa buat sebelah petang iaitu pukul 3 sampai kul 6 petang camtu..masa pendaftaran tu memang cuak giler laa..sebab peserta sikit sangat..lepas tu kebabomm amikk koo..siswi DPP TNB ni memang awesome la..terbaikk punya..

nak citer jugak la yer perjalanan program ni..ada enam pertandingan permainan tradisional dan moden..setiap blok diwajibkan hantar wakil bagi setiap permainan..antara permainan yang dipertandingkan ialah congkok, batu seremban, terompah gergasi, lari dalam guni, tuju selipar, badminton dan bowling padang..memang best la..masa ni  kite nak tengok bagaimana dyorang bermain dan tengok semangat penghuni setiap blok dalam sorakan..

ni sebahgian permainan yang dipertandingkan


dalam pukul lima lebih camtu..acara penutup iaitu pembahagian hadiah bagi setiap pemenang pertandingan dan blok E juara keseluruhan bagi setiap blok..even stress masa mula2 berprogram bermeeting..sampai nak give up bagai..tapi nasib baik berjalan dengan sebaiknya..alhamdulillah thanks to ALLAH again
salah seorang pemenang
crew2 dan para peserta

Tuesday 27 October 2015

Sepagi Berprogram "saringan Kesihatan"

Alhamdulilah akhirnya tamat jugak program di atas..sekalung tahniah kepada pengarah program kerana berjaya menjadikan program di atas terbaik..nak tau kenapa..kerana penyertaan yang diluar jangkaan..almost reach 200 students yang datang..memang AWESOME laa..

Sepanjang menjadi sebahagian program..rasa-rasa program ni yang paling mengejut najdah rasa..mana taknya..kteorang as a AJK baru dapat tugas on monday dan program ni berlangsung on friday..xker giler namanya tapi alhamdulilah berjaya jugak..

Nak citer jugak la yer macam mana flow program ni..Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bersama Mysihat memilih dpp tnb sebagai rakan berkolabarasi untuk memberi perkhidmatan kesihatan percuma..benda PERCUMA memang rugi la kalau pelajar xjoin..

program bermula pada 9 pagi dan berakhir 11.30 pagi camtu..kira ada lima bahagian yang dyorang buat..yang pertama cek ukuran lilit pinggang, tinggi dan berat..daripada situ akan dapat bacaan BMI..nak cek yang kita ni overweight ker overslim xpun normal jer..macam najdah..normal jer (termalu pulak..hehehe)



lepas tu dyorang akan cek kita punya tekanan darah..nak tau darah tinggi ker rendah..n then baru cek darah..sebab nak tau kandungan gula dan lemak dalam badan..part ni la najdah paling benci sekali..yer la amik darah kot even sikit sakit tauu..lepas jer abis semua saringan tu..para kaunselor kesihatan akan tengok keseluruhan dan dyorang akan bagi penerangan tentang kesihatan macam kena kurangkan berat badan ker atau tambahkan nutrisi..part yang paling best lepas cek kesihatan dapat doorgift..apa lagi hati gumbira la..hahaha

As usual..memang la najdah ni suka jadi emcee bidang terjun punn..ayooo..terpaksa la jadi emcee jap semasa penutup..emcee yang kalut kott..cakap pun apa tahh..merapu jer lebih..nasib baik pihak depa terhibur..hewhewhew..jadi begitu laa program berlangsung..

Sekian dari kami team power rangers

Monday 19 October 2015

Tempat Menarik Di Alor Star

Olaa!!i'm coming home..i'm coming home..meroyan jap..huhuhu

Entri kali ni najdah nak citer pasal tempat menarik di Alor Star..actually banyak tempat menarik di Alor Star..tapi faham-faham sendiri la yer..sem last ni baru la nak merakam momen tempat menarik di negeri jelapang padi ni..aishh najdah ni!!cubit baru tau (alamak!!tercakap sorang diri pulak)..jadi ni sebahagian tempat yang menarik..sebahagian jer tau..bukan semua..

Okay la tanpa membuang masa..najdah tunjuk tempat makanan yang kira best la jugak di Alor Star ni iaitu di Le' Medina Pattiserie..sebuah cafe yang najdah rasa sangat berbaloi untuk makan sebab view yang strategik even bnyk kali jugak la pusing-pusing cari tempat ni kira okay la sebab jumpa jugak tempat tu..harga pun best la jugak macam makanan depa sediakan..tempat yang cantik n kreatif sangat..staff dyorang pun friendly..nak bagi berapa bintang yaa??hahaha..of cos la lima bintang..

Cantik kan tempat dia..kreatif sangat..fefeling dekat cafe oberseaaa gitu..

Semperna Aman central bukak jadi tak salah rasanya kalau pegi tengok-tengok sambil sedekah singgit dua ringgit..hahaha..Aman central macam pasaraya beli belah yang lain jugak macam ioi city mall..tapi yang lain mungkin struktur bangunan depa..kira macam bangunan yang lebih moden berbanding pasaraya yang ada di kedah..opss..jangan marah nha..melawak jer tu..

asyik bagi gambar ayu jer..nah setepak..jangan kecam tau..malu titeww

Rasanya tempat yang harus pegi adalah di Masjid Zahir..shantik sangat!!tergoda najdah tau..auwwww..bangunan yang unik..dalamnya pun cantik..cuma nak cakap yang kalau tempat solat perempuan kasi terlindung dan tertutup lagi cun..overall semuanya cantik..sebab tempat dia tersangatlah menarik..so pegi la masjid zahir sambil beribadat kepada sang pencipta

unikkan view dekat masjid zahir..kalau nak amik gambar kawen pun cun gak ni..eehh

P/s- sebenarnya malu tau nak bagi tau..tapi mula dari sekarang I digantikan kepada najdah..gedik x?? hahaha

Sunday 11 October 2015

Lawatan sambil belajar di Kementerian Komunikasi dan mobiliti jam tidak berkredit di USIM dan UPM

Sorry baru berkesempatan menyinggah untuk tulis entri baru..almaklum la sibuk dengan tesis dan settle pasal intern..tu pun xsettle lagi..bila entah nak settlenya..arghhhh serabutnya bila teringat benda ni..sekarang pikir nak enjoy ajee..

okay..seminggu masa start sem baru..tetiba nama tersenarai tuk join program di atas..memang mula2 tak nak pegi..tapi bila pikir..pengalaman tu bebbb..x dapat nak cari kat mana-mana..so decide la join gak program tu walaupun pening dengan sem baru belum habis..

Kami bertolak pada pukul 8.00 hingga 9.00 malam macam tu..biasa la bila dah tetapkan jam..ada la masalahnya..tapi kira ok la..sebab perjalanan smooth jer..alhamdulilah..sampai kat bangi kul 3 lebih camtu..kira awal la jugak..kami menginap di homestay..sangat berpatutan harganya..so bertolak ker putrajaya kul 7 lebih camtu..awal skit sebab takut jeam kan..masa sampai kat putrajaya cam jakun sikit la..sebab bangunan depa cantik baq hang..pastu layanan pun okay..kira best la..kira banyak pengalaman dapat gitu..


lepas jer habis lawatan ker kementerian komunikasi..pengarah decide pegi terus ke USIM..masa tu jerebu teruk yang amat sangat..cuma boleh cakap yang canselori USIM sangat la cantik macam bagunan jabatan perdana menteri..layanan depa pun ok gak..kami xleh lama dekat USIM sebab depa busy dengan big event yang keesokan hari so bnyk gak la masa berbaki..jadi kami pun apa lagi pegi ioi city mall la..membuang masa dengan sedekah singgit dua inggit kat situ..hahahaha
Penasihat IPRMSA UUM chapter dengan salah seorang lecturer di USIM

lepas jer pegi dekat ioi terus pi dekat UPM sebab ada next agenda yang harus dilakukan..masa sampai kat UPM..kepala ni memang berpusing2 macam orang gila..sebab penat giler..tapi penat dan letih tu hilang begitu jer..sebab layanan dari FACOMM UPM tersangat la high class..thnks UPM..you are the best!!dengan aktiviti yang disediakan terus segar jer mata ni..tersangat la best sampai lupa dah pening kepala ni..

keesokan hari..still bertapak di UPM..berzumba la jap dengan depa..erhmm best loo..tapi satu jer..step dy mmg power la..laju wehhh..hahaha..lepas tu melawat muzium dalam UPM..pertama kali tengok ada muzium dalam U..terbaik laa UPM..shantikk sangat!!n then majlis penutup pun berlangsung and kami balik dalam keadaan berpuas hati..thanks to all.
thanks a lot to FACOMM UPM..uolls so sporting




Thursday 17 September 2015

Resepi bergedil ayam

Aikkk..hari tu cakap dah xnak kongsi resepi sebab dah ade dekat U..ni nak kongsi plakk..pelik betul kannn.. (monolog sorang diri)..bukan begitu..ade dua resepi lagi yang hri tu xsempat nak kongsi..so tengok la yer resepi yang I nak kongsikan..selalunya kalau buat bergedil mesti letak daun sup..kali ni I xletak sebab x sempat nak beli..hahaha..oleh itu, terjadilah resepi bergedil ayam tanpa menggunakan daun sup..

Bahan-bahan masakan:

setengah ayam (yang telah dicincang secara halus)
1 biji ubi kentang (potong secara dadu)
1 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 biji telur
bawang goreng

Cara-cara memasak:

Rebuskan ubi kentang dengan secubit garam dan lenyepkan menggunakan garpu atau senduk bagi hancur

ayam yang telah dicincang digoreng bersama bawang putih dan bawang merah di atas api dan masukkan bahan tersebut ke dalam ubi kentang yang telah dilenyek..gaulkan sehingga sebati..kalau nak masukkan daun sup pun boleh..jangan lupa masukkan garam..

bentukkan bergedil tersebut menjadi bulat dan celupkan ke dalam telur satu persatu..dan gorengnya ke dalam minyak yang panas..

finally..siap..senang jer kann..

Wednesday 16 September 2015

A new semester for Last semester

ehemmm..semester baru dah masuk  dua minggu dan I baru nak update entri..podiooo..sorry la sesangat..buat-buat sibuk sebenarnya..huhuhu..paper sem ni amik 2..macam ambik sepuluh..biasa laaa senior kann..dengan tesis yang mereput entah ke mana..mood ke laut..

sem ni lain dari yang lain sebab yang utama of coss la last sem..sedih wehhh..Allah je yang tahu..nak tinggalkan benda yang dah tiga tahun setengah yang menjadi kebiasaan..susah kott..nak alami dunia luar yang penuh mencabar itu..waduh2..

sem last amik paper asas keusahawanan dan junior-junior yang berlagak pandang I macam freshie..urhmmm..hampa ingat cheq sem satu kaa??cessss..memang pun sem satu tahun empat..hurmmm..tapi bagus jugak nampak sangat yang I ni budak-budak gitu..xjadi nak marah..huhuhu..mungkin sebab dah tukaq image kott..pasai tu junior xkenai..husnuzon!!

so diharapkan sem ni lagi terbaik..ciptakan lebih banyak kenangan bersama yang terchinta..eehhhh..hahahaha..dan semoga dapat siapkan tesis dengan jayanya..yang tu diharapkan sangat2..plezzz

Wednesday 2 September 2015

Resepi Tom Yam Seringkas Mungkin

Semalam keluar jalan-jalan dengan kakak settle hal personal pasal akaun bank n cari tempat untuk intern..boleh tahan jugak penatnya..almaklum laaa dua bulan lebih ni asyik jadi puan besar dekat rumah bezanya berat badan tak bertambah-tambah..huhuhuhu..so balik penat-penat nak makan la..tengok2 atas meja makanan pagi tadi..kiranya xde makanan baru..adishhhh..masterchef xde kat umah sekejap..makanan pun sama la yer..nasib la ade lebihan ayam..bole la buat benda yang senang iaitu tom yam..resepi ni I ciptakan sendiri mengikut citarasa sendiri…

Bahan-bahan masakan:

Ayam (ikut nak letak banyak mana..macam I sikit jer sebab tu jer yang ada)
Fishball
Cili giling
perencah
Sawi (potong)
½ lobak merah (potong)
Kubis bunga (potong)
1 biji tomato (tumbuk)
1 biji bawang besar (tumbuk)
2 batang serai (ketuk)
5 helai daun limau nipis (tumbuk)
2 biji cili padi (tumbuk)
Air
Garam

Cara-cara masakan:

Rebus dahulu ayam di atas api sampai masak dan empuk


Masukkan bahan yang telah ditumbuk bersama serai kedalam periuk rebusan ayam..jangan lupa masukkan air jika air rebusan sedikit

Selepas bahan-bahan diatas telah mengelenggak dengan sebaiknya masukkan perencah dan juga cili giling..biarkan seketika

Masukkan sayur dan juga fishball bersama garam secukup rasa..dan biarkan ianya masak


Dah siap..taraaaaa…fuyoooo

Monday 31 August 2015

Resepi Daging Goreng Kunyit Sesimple Mungkin

Holaaaa..happy independent day’s a.k.a Selamat Hari Merdeka yang ke 58 kepada seluruh warga Malaysia..semperna perhimpunan bersih 4.0 yang telah tamat dah..I masakkan daging kunyit goring..kaw-kaw punya..ape kaitan merdeka,bersih dengan daging goreng kunyit..erhmmm..ade kemusyikalan disitu..tanpa membuang masa..hadam la yer sebanyak mana resepi yang I tonjolkan..sebab dalam beberapa hari lagi dah nk balik U..sedihnya..mereput la I kat bilik dengan tesis..tapi jangan risau blog ni akan terus jer diupdate tapi yang bezanya mungkin topik selain resepi la..nak tunggu resepi lain kena cuti sem..almaklum laa..kat hostel mne leh masak..

Bahan-bahan masakan:

Daging yang telah dipotong
2 ulas bawang putih (dihiris)
2 inci halia (dihiris)
1 labu bawang besar (dihiris)
1 cili besar (dihiris)
2 inci kunyit (ditumbuk)
Serbuk kunyit
Air
Garam
Minyak

Cara-cara memasak:

Daging yang telah dipotong diperapkan dengan serbuk kunyit dan masukkan kedalam kuali..letakkan air melebihi daging dan masukkan juga bawang putih, halia dan kunyit

Biarkan daging itu di masak dengan empuk dan lembut

Apabila air dan kering..masukkan minyak, garam, bawang besar dan juga cili besar..gaulkannya hingga rata dan tutup api..anda boleh masuk minyak ikut suka hati..macam I masuk sikit jer sebab minyak yang berlebihan tak bagus untuk kesihatan

Dah siap..taraaaa..daging goreng kunyit..sedap dimakan bersama nasi yang baru masak..aummmm

Sunday 30 August 2015

Resepi Membuat Wafel Dengan Mudah

Entri kali ni lain sikit dari sebelum ni..kalau sebelum ni I selalu jer post pasal resepi makanan sampingan kali ni I akan kongsikan resepi membuat dessert iaitu wafel..I ingatkan buat wafel ni susah rupa-rupanya senang jer..caranya sama dengan buat penkek gitu..

Bahan-bahan masakan:

Tepung serbaneka (boleh didapati di kedai membuat kek)
2 biji telur
Majerin
Jem kiwi dan coklat (nak guna jem ape2 pun boleh)
Air

Cara-cara memasak:

Satukan tepung dan dua biji telur ke dalam satu bekas..I masukkan tepung dalam 3 cawan gitu..tapi ikut suka la..kalau nak buat banyak masuk bnyak tepung..kalau nak buat sikit masuk sikit jer..depends laa

Kacau bahan tersebut dan masukkan air dalam 1 cawan..lagi baik kalau nampak macam cair tapi pada masa yang sama pastikan ianya pekat dan likat

Taraa..dah siap untuk adunan..kalau nak tahu bahan wafel tu dah okay..ambil senduk dan tengok belakangnya nampak macam likat..

Seterusnya..sapukan majerin ke atas kuali wafel..nak panggil periuk wafel macam pelik pulakk..

N then masukkan bahan wafel ke atas kuali tersebut..biarkan seketika..dan angkatnya

Masak jer wafel terus sapukan dengan jem supaya jem itu melekat dengan cantik


Dah siap..taraaaa..senang jer kann..sape cakap susah..huhu

Saturday 29 August 2015

Resepi Sambal Petai Ikan Bilis Kaw-kaw

Ayah I ade beli banyak sangat petai..so minggu ni I masak jer sambal ikan petai bilis..tapi petai still ade banyak xberkurang-kurang..so ayah I pun decide suh I masak lagi sambal petai ikan bilis..I ni malasnya tahap dewa..so nak xnak I pun buat la jugak kann..masa yg pertama masak sambal ni I buang kulit petai..so kali ni I biarkan jer kulit petai melekat dekat petai..baru rasanya umphsss..menjilat sudu nokkkk..

Bahan-bahan masakan:

4 tangkai petai (dihiris sekali dengan kulit)
Ikan bilis (basuh dahulu..ikut ler nak masak bnyak mana)
3 ulas bawang merah
½ halia
Cili giling
Air
Garam/gula

Cara-cara Memasak

Mula-mula panaskan minyak di atas kuali..ni feveret kuali yang selalu I guna..walaupun nampak macam nak buang esok lusa..hahaha..goreng ikan bilis sampai garing dan ketepikan..guna minyak goreng ikan bilis dan tumiskan bwng merah dan halia yang telah diblend sampai naik bau

Selepas itu, masukkan cili giling atau cili boh mengikut keselesaan anda lah..macam I pakat campak jer..ikut suka hati gitu..muachhhh

Masukkan air dan bagi bahan itu mengelenggak dan masukkan petai..masukkan juga garam dan gula..nampak macam petai dah nak layu..tutupkan api dan masukkan ikan bilis dan gaulkan hingga nampak sempurna


Taraaaa..dah siap sambal petai ikan bilis..