Semalam keluar jalan-jalan dengan kakak settle hal personal
pasal akaun bank n cari tempat untuk intern..boleh tahan jugak
penatnya..almaklum laaa dua bulan lebih ni asyik jadi puan besar dekat rumah
bezanya berat badan tak bertambah-tambah..huhuhuhu..so balik penat-penat nak
makan la..tengok2 atas meja makanan pagi tadi..kiranya xde makanan
baru..adishhhh..masterchef xde kat umah sekejap..makanan pun sama la yer..nasib
la ade lebihan ayam..bole la buat benda yang senang iaitu tom yam..resepi ni I
ciptakan sendiri mengikut citarasa sendiri…
Bahan-bahan masakan:
Ayam (ikut nak letak banyak mana..macam I sikit jer sebab tu
jer yang ada)
Fishball
Cili giling
perencah
Sawi (potong)
½ lobak merah (potong)
Kubis bunga (potong)
1 biji tomato (tumbuk)
1 biji bawang besar (tumbuk)
2 batang serai (ketuk)
5 helai daun limau nipis (tumbuk)
2 biji cili padi (tumbuk)
Air
Garam
Cara-cara masakan:
Rebus dahulu ayam di atas api sampai masak dan empuk
Masukkan bahan yang telah ditumbuk bersama serai kedalam
periuk rebusan ayam..jangan lupa masukkan air jika air rebusan sedikit
Selepas bahan-bahan diatas telah mengelenggak dengan
sebaiknya masukkan perencah dan juga cili giling..biarkan seketika
Masukkan sayur dan juga fishball bersama garam secukup
rasa..dan biarkan ianya masak
Dah siap..taraaaaa…fuyoooo
No comments:
Post a Comment