Followers

Sunday 8 May 2016

JOM BERCUTI KE CAMERON HIGHLAND



Untuk kesekian kali..finally ada masa nak update blog..pheuwww..sibuk sesibuk Barack Obama..sejak pindah dekat ofis baru ni..xmenang tangan handle kerja..macam pekerja tetap dah gamaknya..hurmmm..so untuk tidak mengstresskan diri mintak cuti dengan supervisor tuk manjakan diri..reward tuk diri sendri..reward la sangatkan..penat satu badan ni..so malas nak sembang kencang..baca la yer

Kami bertolak kul 10 pagi..pada 28/4/2016..nampak x tarikh kerja pergi bercuti..hahaha..kisah pulakkan aku..so disebabkan kakak najdah ni cakap besar so kami ditinggalkan oleh tiga kereta sebab dia cakap tau jln ke CH..nasib baik ada signboard kalau tak mesti dah sampai kat Jepun dah..kami sampai dekat homestay tu lbh kurang kul 3.30 petang..cepat la jugakkan..tu pun berhenti segala-gala tempat..nasib baik la kakak ipaq dah booking homestay sebab almaklum la masa tukan dekat dengan cuti pekerja..banyak hotel dan homestay full..sampai2 jer terus berehat then lepas solat jamak ta’akhir..kami jalan2 habiskan minyak kereta..plan nak pergi pasar malam brinchang tapi depa just bukak malam jumaat, malam sabtu dan malam ahad..so kami pun jalan2 sampaila penat..balik bilik terus melalak dengan makan pastu tido..lupa nak bagi tau homestay yg kami menginap tu homestay agrohighland..best sebab ada WIFI pastu depan bilik ladang strawberry..so bila lapar petik jer strawberi tu (ok tu melawak jer..nak kena gocoh dengan pekerja bangla tu)..tapi bagi Najdah strawberi dia kira murah satu kilo RM20 dah la besar2..lagi murah dari pasar malam brincang..


Keesokan hari lepas breakfes terus bersiap pegi ladang teh..tengok apa yang patut..bole la sejukkan mata..masa Najdah pegi CH tempoh hari dah xsejuk mungkin bahang El-nino lebih kuat kot..Najdah nak pesan its better kalau bawak air sendri sebab kat situ air dia mahal dol..cuba bayangkan teh ais RM5..xke cekik darah tu..tapi yang bestnya teh kat sana lbh murah dri kat kedai mana2..so Najdah rekomenkan beli teh kat sana..serbuk teh..pastu ajak dihati nak singgah lavender farm tapi cam xberbaloi bayar RM8 semata2 nak tgk lavender..so kami just amik gmbr kat luar jer..xkuasa nak bazirkan duit dekat benda yang xmenguntungkan..so lepas tu singgah dekat cactus point..rambang mata tgk cactus..xtau la nk ckp murah ke x..sebab dekat pasar malam brincang lagi murah cactus..disebabkan kepenatan yang terlajak petang tu xjd pergi MARDI just pegi pasar malam brinchang..perghhh penuh dengan umat manusia disitu..macam2 barang..kat situ kena pandai cri tempat..ada kedai paling murah dan paling mahal..

of course la..najdah mesti kena ada punya..berlatarbelakngkan sebahagian homestay


Disebabkan semalam xsempat pegi MARDI so kami pun pegi la kat sana..ramai sangat orang..tapi bagi Najdah MARDI lebih berbaloi dari lavender walaupun kena bayar RM3 sebab macam2 bole tengok..dari biji benih sampai la pokoknya..mmg best la..tapi apakan daya Najdah bole tengok sekejap jer sebab kena pegi Kajang sebab kawan kawin..sedih giloss..yang tu nati citer next entry..
acah2 pegang lavender..hahaha