Followers

Friday 10 March 2017

Resepi Makaroni Goreng

Alohai!!xtau la pasai po selalu update lewat-lewat malam blog..nampak x burung hantu dah mai secara tiba-tiba..so dari tengok you tube je memanjang Najdah nak kongsi satu resepi yang lama dah bersarang kat phone..saja malaih nak share sebelom ni..hahaha

Bahan-bahan :


1/2 paket makaroni (rebuskan)
2 fishcake (digoreng)
1/3 lobak merah
satu gengam daun sup
2 ulas bawang merah (diblend)
3 ulas bawang putih (diblend)
sos tiram
sos giling
kicap
garam/gula
Air

Cara- cara :

gambar kabur..asap kena kat kamera.haha

Masukkan minyak dan tumiskan bawang merah dan putih yang diblend..bila perang masukkan sos tiram, sos giling, kicap, garam, gula dan air..biarkan masak secara rata


Bila bahan tumisan masak dengan baik masukkan makaroni yang direbus dan masukkan lobak merah (sayur lain pun cun gak) gaulkan sehingga rata dan tutupkan api


Tadaa dah masak..hiaskan dengan daun sup dan fishcake yang digoreng..selamat mencuba ;)

Monday 6 March 2017

Resepi Sushi Seringkas mungkin :D

Malam buta-buta ni marathon sharing resepi yang Najdah dah lama ingin buat..ntah siapa yang baik hati kongsi resepi ni..thank you kepada yang kongsi (tak tahu siapa..hahaha) tanpa yang sharing resepi ni mybe Najdah akan membeli je sushi kat kedai..sadis betol..bak kata ayah Najdah 'makanan moden ni'

So mohle awok-awok amik ilmu yang tak seberapa dari saya ini..hahaha (gedik sangat)

Bahan-bahan :


1@2 cup Beras jenama sumo (beli dekat aeon mall)
1 peket seedweed yang dah dipacking
sosej (hiris)
crab stick (hiris)
2 batang timun jepun (hiris)
1 batang lobak merah (hiris)
mayonis
garam
cuka
alat pengulung

Cara-cara :

(cara-cara buat nasi sushi..yang ni tiada gambar) masak nasi guna beras sumo amik dalam 1@2 cup..basuh bagi cuci letak air cam klo 1 cup 2 cawan air..dah masak gaulkan dengan cuka, garam, gula..kalau nak mudah beli je cuka yang dijual dekat aeon mall kat bahagian sushi..biarkan dalam 10 minit



sosej dan crab stick celur dengan air panas dan potong..timun dengan lobak merah lak goreng tanpa minyak..dah siap amik pengulung tikar letak seedweed atas tu then susun la bahan-bahan..letakkn mayonis gak (depend la..kalau Najdah suka letak mayo sebab nak bagi rasa..tak nak plain sangat)


taraa...dah siap

Resepi Vietnam Spring Roll yang terlajak MUDAH~

Hye muchos!

Lama dah tak berhupdate dalam blog kesayangan hamba ni..hewhew..malam yang penuh keletihan ini Najdah nak kongsikan makanan yang Najdah rasa teramatla mudah, sonang ehh..dah lama nak bereksperimen dengan vietnam roll tu tapi ni baru berkesempatan..malaihh tahap gabang

Bahan-bahan :


1 @ 2 peket vietnam spring roll (beli dekat tesco)
1/2  batang lobak merah (dihiris)
2 ikat kucai (dihiris)
Udang (ikut suka hati)
Crab Stick (ikut suka hati)
Air suam
Sos cili thai

Cara-cara :


Hiriskan lobak merah dan kucai secara mendatar dan layurkan diatas api tanpa menggunakan minyak..nak goreng guna minyak pun xpe tapi lebih baik guna minyak zaitun and one more thing nak letak sayur lain-lain pun cun gak cam taugeh or daun bawang..terpulang pada individu..lepas tu celurkan udang (kulit dibuang) dan crab stick..langkah seterusnya amik vietnam spring roll celurkan dengan air suam sampai lembut then letakkan semua bahan diatas dan balut mengikut kreativiti masing-masing


dah siap..Najdah guna sos yang dibeli kat kedai je jimat masa..hahaha

Sunday 1 January 2017

Selamat Datang 2017

Olaa!!for the first day on 2017..I can writing this entry..as usual buat2 sibuk sebenarnya..arghhh..sejak dah masuk alam dewasa ni macam-macam kena buat..kerja, cari nafkah..tu xtermasuk masa untuk melayan perasaan lagi..hahaha..really sorry for my big mistake..my kesayangan terpaksa dilupakan..tahun ni xboleh nak janji akan tulis entry..banyak benda yang nak disettlekan..serius xsuka menjadi DEWASA

Alhamdulillah banyak perkara yang terjadi dekat Najdah pada 2016..benda yang disangka, xdisangka pun berlaku..ada gembira, sedih, terkejut, berdebar, pening..macam-macam la..tapi yang paling best adalah :
-Dapat habiskan Ijazah Sarjana Muda dan konvo dengan family
-Dapat Khatam Al-Quran dengan Ayah (Tilawah dengan ayah masa 2013 lagi)
-Dapat kerja tiga tempat (USM, Pusat Bahasa Permata Timur, Dobi Famili)
-Dapat naik flight seseorang (ko hado!!naik sorang pagi2 buta)
-Dapat guna duit gaji bagi dekat ayah dan belanja family

Okay untuk tahun 2017 ni, sudah tentu Najdah nak kongsikan azam 2017 iaitu:
-Perbanyakkan amalam sunat (Tahajud, solat sunat sebelum dan selepas solat fardhu)
-Menutup aurat dengan lebih tertutup
-Dapat kerja tetap (kerajaan/swasta)
-Sambung belajar dalam Ijazah Sarjana (Master)
-Beli kereta yang bayar terus (second hand pun xpe)
-Beli asset sendiri (barang kemas, tanah)
-Tunai Umrah dengan Ayah dan keluarga
-Melancong ke luar Negara dengan keluarga atau kawan2
-Renovate rumah (yang ni lebih kepada angan2)


Semoga pada tahun 2017 ni Najdah lebih kuat menghadapi dugaan dan cabaran yang menanti dan semoga pada tahun ni jugak Najdah lebih memperkuatkan hubungan denganNYA iaitu kekasih abadi Allah s.w.t..