Followers

Thursday 28 March 2013

20 years birthday..

Alhamdulilah..aku sangat2 bersyukur kepada Allah s.w.t..kerana aku masih bernyawa dan still berada dibawah lindungannya..sangat2 bersyukur..hari ni 28 march 2013, it was my birthday..Ya Allah..sampai skrang aku masih x percaya yang umur aku 20 tahun..aku masih rase yang umur aku bru belasan tahun not puluhan..oh my god..even that..aku sangat bersyukur kpdNya..

present from my beloved usrah(ladybird)..tq sngt-sangat..wauuu dapat camera..

ni kek dari my usrah..yg copeng cikit 2 kena tindang dgn kek lain..hehe..
memang shock giler2..xsngka..mmg xsngka..aku x jangka yg member usrah aku akn buat surprise birthday party..sngat-sangat kaku..lidah very kelu..xtau nak cakap ape..overall thanks so much sb sudi buat party 2..mmg best sangat2..lebih2 lagi dapat sambut dgn para-para AJK bicara siswa siri 2..dkt pusat islam UUM..n this is my first time sambut besday without my parents n my family..tp kawan-kawan dkt UUM exp kwn dkt DPP TNB dpt menceriakan hari bahagia ku ini..hehe

Saturday 23 March 2013

Tujuh perangkap semasa menuntut ilmu..


ni my sister yg post dkt fb..read it..sngt2 berterima kasih sb bg peringatan kpd aku..kadang-kadang kita sering terleka dan alpa..nobody is perfect..

7 Perangkap Semasa Menuntut Ilmu


1. Masih Mengenang Kegemilangan Lalu

Ramai penuntut di kolej/universiti adalah pelajar-pelajar cemerlang di sekolah menengah. Ini memberi mereka rasa selamat yang palsu. Mereka mungkin telah menjadi pelajar kesayangan guru dan pelajar cemerlang dalam kelas mereka tetapi apa yang mereka tidak sedar ialah apabila mereka masuk ke kolej/universiti, mereka sedang belajar dengan 200 lagi pelajar cemerlang. Mereka juga tidak sedar bahawa mereka sedang mempelajari subjek yang keseluruhannya baru yang mana mereka perlu mendapat bimbingan untuk memperolehi ilmu pengetahuan. Oleh yang demikian, jika pendekatan mereka silap, sukar bagi mereka untuk memahami apa yang mereka sedang pelajari.

2. Kejutan Budaya

Penuntut yang masuk ke kolej/universiti akan mengalami perubahan yang mendadak dalam budaya hidup dan budaya belajar mereka yang mana kini mereka hidup berjauhan daripada ibu bapa mereka atau disiplin ketat sekolah berasrama. Oleh kerana kehadiran ke kuliah tidak diambil maka tidak ada sesiapa pun yang tahu jika seseorang itu ponteng kuliahnya. Di sekolah atau pusat matrikulasi, semua yang perlu dipelajari oleh pelajar diberi oleh guru atau tutor. Sebaliknya di kolej/universiti, pensyarah bertugas membekalkan prinsip-prinsip asas dan ilmu pengetahuan teras yang perlu diperluaskan oleh penuntut-penuntut sendiri dan berkeupayaan menggunakan ilmu yang diberi.

Kejutan budaya yang mendadak ini menyebabkan ada penuntut-penuntut menghadapi kesukaran menyesuaikan diri mereka. Sekiranya keadaan ini tidak di tekankan kepada penuntut-penuntut dan menyediakan mereka bersedia terhadap kenyataan ini, kejutan budaya ini boleh menjejaskan prestasi mereka. Pendekatan pembelajaran berasaskan masalah yang digunakan di kolej/universiti adalah sesuatu yang baru dan ia menggunakan kaedah pembelajaran terarah pada penuntut dan ia adalah amat berbeza daripada kaedah belajar di sekolah.

Situasi sebenar: Seorang penuntut yang baru masuk ke kolej/universiti diberi sebuah kereta dan telefon bimbit dan tinggal di pangsapuri bersama kawan-kawannya. Dengan budaya berkumpulan ini mereka keluar makan malam pada pukul 8 malam dan balik pada jam 10 malam, kemudian baru mula belajar. Mereka meneruskan rutin ini sehingga semua ahli dalam kumpulan ini gagal peperiksaan dalam peperiksaan tahun pertama. Selepas gagal percubaan mengulangi peperiksaan yang sama mereka terpaksa bertukar ke fakulti lain.

3. Memilih Atau Dipilih Oleh Rakan-rakan Yang ‘Salah’

Bercakap melalui pengalaman saya, saya dapati ramai pelajar yang cemerlang di sekolah tidak menunjukkan prestasi sebaik yang sepatutnya di universiti oleh kerana mereka bergaul dengan kumpulan rakan yang salah yang tidak tahu keutamaan dan matlamat penuntut kolej/universiti. Mereka suka dan teruja bertemu kawan-kawan baru dan menemui cara-cara baru menghabiskan masa berhibur sesama mereka terutama sekali apabila mereka mendapat banyak wang daripada ibu bapa kaya yang berfikir anak mereka akan mencapai prestasi yang baik jika mereka diberi segala-galanya.

4. Hilang Semangat

Ramai pelajar belajar bersungguh-sungguh untuk peperiksaan semata-mata untuk masuk universiti. Malangnya, haluan masa depan kerjaya mereka selepas masuk ke universiti tidak difikirkan dulu atau dibincangkan dengan kaunselor sekolah. Setelah bertungkus-lumus untuk masuk ke universiti, mereka hilang semangat dan hilang motivasi untuk belajar.


5. Dipaksa Oleh Ibu Bapa Untuk Mengambil Jurusan Tertentu

Contohnya, bidang perubatan. Ada juga penuntut-penuntut yang tidak berminat dalam jurusan perubatan tetapi masuk ke kolej/universiti kerana dipaksa oleh ibu bapa mereka. Subjek-subjek perubatan tidak boleh dipelajari jika seseornag itu tidak berminat. Melalui pengalaman saya, saya pernah melihat pelajar yang sudah masuk tahun empat berhenti kerana mereka tidak dapat meneruskan dan terpaksa memulakan pengajian di fakulti lain.

6. Belajar Bersendirian

Sewaktu menuntut di kolej/universiti, belajar dalam kumpulan adalah sangat penting. Tiga sebab utama kenapa ada penuntut-penuntut tidak belajar dalam kumpulan:

Tidak mahu orang lain tahu tentang kejahilan mereka dalam subjek-subjek yang diambil
Takut berkongsi pengetahuan mereka dengan rakan-rakan yang lain yang mungkin memperolehi markah yang lebih tinggi daripada mereka
Tidak mahu berusaha lebih
Melalui pengalaman saya, ramai penuntut yang tidak mendapat prestasi baik adalah mereka yang tidak mempunyai kumpulan belajar dan hanya berpuas hati duduk di perpustakaan berjam-jam lamanya dan membaca buku. Apabila mereka tidak lulus dengan baik dalam peperiksaan, mereka menjadi murung kerana tidak ada tempat mengadu. Keadaan ini menyebabkan mereka patah semangat dan hilang dorongan untuk belajar. Akhirnya berlakulah lingkaran ganas sebab dan akibat dengan mengakibatkan bertambah lagi kehilangan semangat mereka. Sebaliknya penuntut-penuntut yang ada kumpulan belajar lulus dengan lebih baik dan jika ada di antara mereka yang lulus tidak sebegitu baik, rakan sekumpulan akan cuba membantu mereka sebab kelemahan setiap ahli telah didedahkan semasa sesi perbincangan.

7. Terlalu Bersaing dan Tidak Bekerjasama

Keadaan ini lazim berlaku dikalangan penuntut-penuntut perempuan. Keadaan ini berlaku mungkin disebabkan mereka adalah pelajar cemerlang di sekolah menengah atau pusat matrikulasi. Akibatnya, mereka mahu kekal menjadi pelajar cemerlang dan menjadi terlalu bersemangat serta cuba mendapat sebanyak ilmu pengetahuan yang boleh, tanpa memberi pertimbangan kepada orang lain. Masalah ini dijelmakan dalam salah satu atau semua tingkah laku berikut:

Berebut mendapat perhatian pensyarah
Bersikap mementingkan diri dan tidak rela berkongsi dengan orang lain nota- nota dan buku-buku yang baik yang diberi pelajar senior
Mengawal atau mendominasikan sesi makmal dan tidak beri peluang kepada orang lain menyertai membuat eksperimen
Menyembunyikan fakta yang mereka telah pelajari

Belajar di kolej/universiti diibaratkan seperti berperang. Kita tidak boleh melakukannya bersendirian. Kerja berkumpulan amat penting. Tidak ada siapa menjadi pesaing dan semua orang merupakan rakan seperjuangan. Semua ahli mesti berkongsi kelengkapan perang untuk memenangi peperangan dan memperolehi kejayaan bersama. Tidak ada kuota berapa orang patut dapat A di kolej/universiti. Hakikatnya, seorang rakan yang mendapat A tidak akan merampas peluang kita untuk mendapat A. Lebih banyak kita memberi, lebih banyak kita mendapat. Dengan kata lain, lebih banyak kita memberi ilmu pengetahuan kepada rakan-rakan kita, berkongsi nota dengan mereka, lebih banyak mereka akan berkongsi dengan kita. Dengan itu dua tambah dua jadi lima, ini yang kita panggil SINERGI.



by PROF. DR. MUHAYA HJ MOHAMAD
BAGAIMANA MENJADI SEORANG PELAJAR YANG BAIK DAN BERJAYA

Thursday 21 March 2013

kata-kata semangat dariKu..

     Aku ni bukan la seorang yang arif dalam memberi kata-kata ni apa lagi kata-kata peransang dan semangat..tapi xpela aku try cuba la jugak..kakak aku dan kawan2 aku pun ada suggest supaya aku tulis dalam blog ni berkaitan tips atau bincangkan pasal agama..hmmm..macam mana yer..susah jugak 2..takut kot2 silap bagi information pulak..tapi orang tua-tua cakap 'jangan menyerah selagi belum mencuba'..



kata-kata ni saya letakkan dekat cover page FB..hehe




 kata-kata ni aku ambil sebagai peransang dalam hidup aku..sebab kata-kata ni ada kaitan dgn my life..semua pic ni aku copy dekat internet..xper ker ciplak benda ni..rasanya xper kot..ilmu harus dikongsi bukan untuk disimpan sebagai kenangan..betul x?..aku ingat lagi pepatah arab yang aku terjemahkan dalam bahasa melayu 'pokok yang tidak berbuah ibarat ilmu yang tidak beramal'..so ilmu yang ada dalam diri masing-masing termasuk aku..seharusnya dishare..bukan sorang-sorang jer yang dapat..


                                                                                                Sharing is caring

Tuesday 19 March 2013

Impian perlanconganku..

My Impian..

     Minggu ni sangat sibuk dengan assignment tapi sempat lagi aku untuk tulis blog ni..hmm biasa la dah jadi habit pulak..kalau bukak fb mesti buka blog..whatever la..asalkan dapat hilang stress yang tengah melanda aku sekarang..assingment..I Love U...

    sebernanya dah lama aku nk tulis pasal tempat yang aku merasakan aku tengok jer tempat ni terus nak pergi..cuba teka dekat mana?kawan aku ada tanya aku tempat mana yang awak rasa nak pergi dulu..hmmm..pergghh susah nak jawap tu..sebab aku merasakan semua tempat aku nk pergi..tapi ada la tempat yang dalam lubuk hati aku rasa macam nak pergi dan melancong..hmmm..

ni la tempat yang pertama dalam hati aku..bila jer aku tgk tmpt ni terus ak rasa mcm tenang dan damai jer..x tipu tau..kalau boleh nak pi dkt cni dgn my parents n my family..tp apa yang jelas bkn untuk melancong tau tp utk menunaikan rukun islam yang kelima..

yang kedua pulak dkt japan..kira macam angan-angan la..tp mana tau angan ni menjadi realiti..ohhh japan..i want to go at there..

ni sushi yang aku gila-gilakan..dpt makan dekat tesco pun kira jadi la..hehe

tempat ketiga pulak ak nk pergi dkt Dubai..tau2 la dubai ni 'syurga membeli belah'..tp ak ni bukan la  shopaholic  ok..just mcm nk pegi jer...

cuba teka dkt mana ni?..Malaysia la..tempat kelahiran aku..aku mahu teroka more dkt malaysia..

mesti org menyakakan yang korea adalah tmpt pertama aku nk melancong..itu salah semata-mata..even aku holic korea xsemestinya korea adalah tempat pertama..hihi..

Sunday 17 March 2013

Masa-masa yang terindah..

Kenangan bersamamu..Miss u all..

        Aku ade la post link blog aku ni dekat fb group Homestay keluarga aku punya..ingatkan depa sume puji la..xpun kagum..yer la adik bongsu dia boleh buat transform yang baru..ni tak..kutuk ade la..tapi ada jugak la yang bagi advise and suggest a new thing..thanks a lot..tapi ada la akak aku sorang ni bagi cadangan supaya aku tulis tentang school aku dulu(hanani kena mention kan nama dia..tau2 la)..hmm great idea..kenapa la aku tak terfikir yer..ape-ape pun tengok la kegembiraan aku masa form five..hihi..

ni la geng2 mase form five..wahh rindunya korang..suka dan duka bersama.

bestfriend forever madihah..hehe..love n miss u always..

heppy..

ni pun my bestfriend gak mastura aida @kuadakamu93.blogspot.com..

geng-geng yang selalu happening n very2 meriah..
bila teringat balik..rase ni jer gambar yang kita berempat ada..rindunya detik kita bersama
     


 when lihat gambar ni teringatkan korang..seriously..rindu-rindu sangat..wahh nak balik kepada zaman masa kita bersama..even kita bergaduh atau salah faham kita tetap bersama..rindu sangat time tu..rinduuuu..miss u all 5 Bukhari batch 2010..

Wednesday 13 March 2013

Ku Bersujud kepadaMu...




      Ya ALLAH, aku sangat merindui dan mencintaimu walaupun jasad dan roh terpisah..aku akan sentiasa bersamaMu wahai pencipta diriku ini..aku akan terus bersujud kepadaMu..


      "Dan apabila hamba-hambaku bertanya kepadamu tentang aku, (jawablah) yang aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia memohon kepadaku, hendaklah mereka memenuhi segala perintahku, supaya mereka selalu berada dalam kebenaran."

                                                                            (Surah al-Baqarah, ayat 186)



     Oleh itu, setiap kali ujian muncul, setiap kali aku berasa lemah, aku selalu dan sentiasa diingatkan yang aku memiliki Tuhan yang tidak pernah letih dan jemu mendengar permohonan dan doa aku.Tuhan suka kalau kita  memohon dan senang mendengar luahan hati hamba-hambanya.Sepanjang hari, sepanjang malam dan setiap waktu..


     Ketika aku sangat sedih dan berasa diri aku ni lemah..Kau terus bersamaku..Engkau tidak jemu mendengar rintihan dan luahan hatiku ini..Ya Allah, Engkau sememangnya sangat penyang dan pemurah..Engkau ada ketika aku duka dan suka...



                                                                                  Lots of LOVE to ALLAH


Saturday 9 March 2013

My dream book

Pada tengah malam yang sunyi lagi aman ni..what i want to show something about my dream book..yess i no its look like childish..but who care???..asalkan dapat share something new pun dah kira ok..malas la nak panjang lebar..tengok la sendiri dan komen..hehe

ni la my dream book tu..biase-biase ajer..x segah macam orang lain..but this is only one ok..and the book still with me..buku ni buat masa form five lagi..lama jugak la..almost three years..wauuu..terbaikk la..sayang sangat buku ni..kira friends n my family selalu jgk la tgk buku ni..bnyk la yg komen..tu la ni la..jelez la 2..hihi




ni la antara koleksi my dream tu..ayat enggeris yang berterabur..main capak ajer..grammar pun xtau letak kat mane..biase la sekurang-kurangnya mencuba daripada tidak..btul x?..boleh dikatakan hampir 90% la impian 2 tercapai yang 10% tu pulak adalah camera..susahnya..for me xkisah pun brand dia asalkan dapat pun dah kira ok..mybe thun ni or next year baru dapat benda ni..maybe..tu pun xtau lagi...




ok la setakat ni la share from my dream book..lain kali pulak..banyak lagi nak sharing story mory..ni hanya sebahagian tau ade banyak lagi collection dari buku tu..tunggu tau





lots of love to islam..
 

Friday 8 March 2013

perkataan yang agung

Bismilahirahmahnirahim..

       Alhamdulilah..Alhamdulilah..Alhamdulilah..kalimah suci tersebut seharusnya kita mengucapakan beribu-ribu kali dalam kehidupan kita bukan setahun, bukan sebulan ataupun sehari tetapi pada setiap masa kita mesti mengucapnya even dalam tidur..subhanaAllah..betapa agungnya perciptaan Allah terhadap makhluknya..Maybe sebahagian orang diatas dunia ni menggangap perkataan makhluk adalah refer kepada manusia tetapi itu salah semata2..skop perkataan makhluk adalah sangat meluas bukan pada satu meaning sahaja tetapi sangat meluas seperti contoh makhluk diatas dunia fana ini seperti haiwan malah tumbuh-tumbuhan juga boleh dianggap sebagai makhluk..begitu agungnya perciptaannya..tiada cacat cela malah sangat terlalu perfect..sampaikan tiada satu perkataan yang dapat atau boleh digambarkan melalui perkataan ianya terlalu abstak untuk diucapakan..


video lagu ni memang best yang teramat sangat..akak saya yang rekomenkan song ni kepada saya..thanks sis..saya harap butir-butir dari perkataan yang diluahkan oleh kumpulan Nur One ni dapat dihayati..insyaAllah..