Followers

Friday 19 June 2015

Ramadan Pertama Di bumi Sintok

Tajuk xleh blah..macam la sekarang berada di planet pluto..hahaha..saje nak bagi tau yang satu ramadan  tahun ni I puasa di U..macam la x pernah puasa dekat lain kan..nak cakap xduk hostel masa sekolah dulu..nampak sangat la kejelasan bohongan itu..so nak cerita la pengalaman pertama puasa di negeri orang buat pertama kali dan mybe last kot..sebab I dah nak abis blaja..nak tunggu kawen jaa ni..yang tu melawak jer..hewhew

Malam first terawih, my friend and i decided nak solat dekat Masjid Sultan Badlishah..katanya nak dapat keberkatan kalau jauh-jauh ni..bukan apa setapak langkah menuju ke rumah Allah..besar pahalanya..so solat la kami..serius I cakap sangat berbeza style solatnya sebab xde bacaan doa selepas solat isya' lepas tu witir pun panjang sangat..rupa-rupanya orang international yang imamkan..patut lain bebonar..tapi okay la..lepas tu, kawan I ade cakap yang DPP I ade buat sahur berjemaah..pertama kali la katakan..mula2 xnak join..selepas dihasut baru la mengalah join jugak..lepas I fikir balik bila lagi nak merasai bangun2 pagi sahur bersama-sama..kira new experience..memang rugi la kalau lepaskan..

So berpuasa la seharian macam puasa sunat lain-lain..lepas tu membeli makanan..masa ni la yang paling sedih..terasa berada di perantauan tanpa family disisi..tak makan berjemaah bersama mereka..gelak-gelak dengan family..(ayat macam duk london yang xkan balik jer)..so lepas tu, solat terawih di DPP..sangat seronok..mungkin environment dia macam sekolah-sekolah asrama dulu..lepas jer solat, decide nak pegi cafe beli tuk sahur dengan kain solat ade kat kepala..habis semua tengok..malu la jugak..tapi buat xkisah jer..hahaha..sekian corat corit dari najdah..

Sunday 7 June 2015

Masih Ada Yang Sayang

Sebelum nak join program ni berfikir banyak kali jugak la..sebab yang pertama letih tak hilang lagi join program We can make you happy..tetapi disebabkan kawan yang tercinta..ku sanggup juga bersama-sama dalam bercharity untuk memberi senyuman kepada warga di Pusat Jagaan G, di Sungai Petani, Kedah..

Trully, I tak menyesal langsung join program ni..kalau xjoin baru rasa menyesal..pengisian yang cukup menusuk kalbu..sebelum bertolak, terdapat beberapa permasalahan yang memang tak dijangka..tetapi biasa la adat berprogram  xda yang perfect..mesti ada yang terperleokk sikit (ejaan ikut suka hati jer..hahaha)..so nak dipendekkan cerita semasa I n the gang sampai..hujan yang meringingi..sesampai jer disambut meriah oleh warga disana dengan muka yang berbagai2..

Masa I sampai, waktu tu lunch hour, so kami ditugaskan untuk menyuap makanan dekat warga emas yang kurang upaya untuk menggunakan tangan untuk makan..kira dekat tempat tu 1 malaysia sebab terdapat orang melayu and india..tetapi orang cina xde pulak..moments yang paling lucu, bila kawan lelaki I suh suapkan makcik yang I kira paling aktif la sebab asyik cakap sambil nyanyi..masa I suapkan, muka dy macam xleh bla, macam xsuka..lepas tu I pun paskan la mknn tu dekat kawan lelaki..baru muka dy ceria..hahaha..lawak betuii..xsuka perempuan yer..lain pulak dengan sorang penghuni lelaki yang berumur 27 tahun yang kurang upaya..dia suka sangat pegang kawan perempuan I..pelbagai karenah yang mencuit hati..hahaha

Tetapi yang paling terharu, masa pemberian hadiah dekat warga di sana..muka masing2 ceria jer dapat hadiah..walaupun hadiah hnya tuala and bekas air minuman..perasaan terharu and bangga tu bersilih ganti..yer la I dengan kawan2 yang balutkan T.T..lepas tu tengok dyorang simpankan hadiah tu dengan cermat and asyik perhati jer takut ada yang ambil..
ni la makcik yang I cakap tu..yang hape gud lucky


tetapi moment yang paling sedih masa sesi tangkap gambar..masa tu I ade sembang dengan makcik ni
I: makcik umah kat mana?
Makcik: umah makcik kat situ jer..mana depa ni xamik lagi ka?
I: (nak menitis air mata..sambil usap bahu makcik tu)..nanti depa amik la tu..kerja kot..xbalik lagi..sabaq!

Apa yang I nak katakan.."seorang Ibu boleh menjaga sepuluh orang anak..adakah seorang anak boleh menjaga seorang Ibu"..I LOVE MY MOM SO MUCH!!

Perasaan berprogram di Pusat Jagaan G, tersangatlah awesome..sampaikan I tak perasaan yang masa mencemburui sangat..overall tersangatlahh best program ini..thumbs up!!
kami and warga Pusat Jagaan G