Ayah I ade beli banyak sangat petai..so minggu ni I masak
jer sambal ikan petai bilis..tapi petai still ade banyak xberkurang-kurang..so
ayah I pun decide suh I masak lagi sambal petai ikan bilis..I ni malasnya tahap
dewa..so nak xnak I pun buat la jugak kann..masa yg pertama masak sambal ni I
buang kulit petai..so kali ni I biarkan jer kulit petai melekat dekat
petai..baru rasanya umphsss..menjilat sudu nokkkk..
Bahan-bahan masakan:
4 tangkai petai (dihiris sekali dengan kulit)
Ikan bilis (basuh dahulu..ikut ler nak masak bnyak mana)
3 ulas bawang merah
½ halia
Cili giling
Air
Garam/gula
Cara-cara Memasak
Mula-mula panaskan minyak di atas kuali..ni feveret kuali
yang selalu I guna..walaupun nampak macam nak buang esok lusa..hahaha..goreng ikan bilis sampai garing dan ketepikan..guna minyak
goreng ikan bilis dan tumiskan bwng merah dan halia yang telah diblend sampai
naik bau
Selepas itu, masukkan cili giling atau cili boh mengikut
keselesaan anda lah..macam I pakat campak jer..ikut suka hati gitu..muachhhh
Masukkan air dan bagi bahan itu mengelenggak dan masukkan
petai..masukkan juga garam dan gula..nampak macam petai dah nak layu..tutupkan
api dan masukkan ikan bilis dan gaulkan hingga nampak sempurna
Taraaaa..dah siap sambal petai ikan bilis..
No comments:
Post a Comment