Entri kali ni lain sikit dari sebelum ni..kalau sebelum ni I
selalu jer post pasal resepi makanan sampingan kali ni I akan kongsikan resepi
membuat dessert iaitu wafel..I ingatkan buat wafel ni susah rupa-rupanya senang
jer..caranya sama dengan buat penkek gitu..
Bahan-bahan masakan:
Tepung serbaneka (boleh didapati di kedai membuat kek)
2 biji telur
Majerin
Jem kiwi dan coklat (nak guna jem ape2 pun boleh)
Air
Cara-cara memasak:
Satukan tepung dan dua biji telur ke dalam satu bekas..I
masukkan tepung dalam 3 cawan gitu..tapi ikut suka la..kalau nak buat banyak
masuk bnyak tepung..kalau nak buat sikit masuk sikit jer..depends laa
Kacau bahan tersebut dan masukkan air dalam 1 cawan..lagi
baik kalau nampak macam cair tapi pada masa yang sama pastikan ianya pekat dan
likat
Taraa..dah siap untuk adunan..kalau nak tahu bahan wafel tu
dah okay..ambil senduk dan tengok belakangnya nampak macam likat..
Seterusnya..sapukan majerin ke atas kuali wafel..nak panggil
periuk wafel macam pelik pulakk..
N then masukkan bahan wafel ke atas kuali tersebut..biarkan
seketika..dan angkatnya
Masak jer wafel terus sapukan dengan jem supaya jem itu
melekat dengan cantik
Dah siap..taraaaa..senang jer kann..sape cakap susah..huhu
No comments:
Post a Comment