Holaaaa..happy independent day’s a.k.a Selamat Hari Merdeka
yang ke 58 kepada seluruh warga Malaysia..semperna perhimpunan bersih 4.0 yang
telah tamat dah..I masakkan daging kunyit goring..kaw-kaw punya..ape kaitan
merdeka,bersih dengan daging goreng kunyit..erhmmm..ade kemusyikalan
disitu..tanpa membuang masa..hadam la yer sebanyak mana resepi yang I
tonjolkan..sebab dalam beberapa hari lagi dah nk balik U..sedihnya..mereput la
I kat bilik dengan tesis..tapi jangan risau blog ni akan terus jer diupdate
tapi yang bezanya mungkin topik selain resepi la..nak tunggu resepi lain kena
cuti sem..almaklum laa..kat hostel mne leh masak..
Daging yang telah dipotong
2 ulas bawang putih (dihiris)
2 inci halia (dihiris)
1 labu bawang besar (dihiris)
1 cili besar (dihiris)
2 inci kunyit (ditumbuk)
Serbuk kunyit
Air
Garam
Minyak
Daging yang telah dipotong diperapkan dengan serbuk kunyit
dan masukkan kedalam kuali..letakkan air melebihi daging dan masukkan juga
bawang putih, halia dan kunyit
Apabila air dan kering..masukkan minyak, garam, bawang besar
dan juga cili besar..gaulkannya hingga rata dan tutup api..anda boleh masuk
minyak ikut suka hati..macam I masuk sikit jer sebab minyak yang berlebihan tak
bagus untuk kesihatan
Dah siap..taraaaa..daging goreng kunyit..sedap dimakan
bersama nasi yang baru masak..aummmm